berita

‘Dah Kahwin Pun Sibuk Size Badan Orang’ – Shiqin Kamal Berang Kena Body Shaming

September 10th, 2020 | by Shahira
Kini Trending

Seperti umum tahu, media sosial merupakan salah satu medium yang digunakan oleh setiap individu di seluruh negara terutama bagi mereka yang bergelar selebriti. Kebanyakan daripada mereka menggunakan media sosial ini untuk berinteraksi bersama peminat selain berkongsi gambar dan aktiviti harian.

Terbaru, pelakon cantik jelita, Shiqin Kamal menerusi akaun Instagramnya meluahkan rasa kurang senang terhadap seorang pelawak lelaki yang didakwa melakukan ‘body shaming’ terhadapnya.

‘Ni lah contoh artis Malaysia’

Berdasarkan perkongsian di IG Story, Shiqin Kamal memuatnaik beberapa screenshot memaparkan perbualannya bersama seorang pelawak di Malaysia. Menerusi perbualan tersebut, pelawak terbabit menilai bentuk tubuh badan pelakon filem Legenda Budak Setan itu dengan menggunakan perkataan yang kurang sopan.

Bukan kali pertama jadi seperti ini

Sementara itu, Shiqin Kamal dilihat kurang selesa dengan kiriman mesej tersebut malah dia juga mengakui ini bukan kali pertama tubuh badannya dipersendakan individu lain. Lebih mengejutkan apabila kritikan itu datangnya daripada artis popular dan suami orang. Dia turut mempersoalkan bagaimana seorang lelaki yang sudah beristeri masih tergamak memberi komen begitu kepada wanita lain.

Sumber: Shiqin Kamal

SKIP THIS AD ×