berita

‘Dah Kenal Lama, Bukan Pergi Bersama’ – Elfira Jelaskan Isu Gambar Bersama Asyraff Mazlan

February 28th, 2018 | by Shafika
Isu & Kontroversi

Kisah putus tunang Sufian Suhaimi dan Elfira Loy sehingga hari ini terus menjadi buah mulut netizen. Banyak tuduhan melulu diperdebatkan oleh mereka kerana tiada sebab yang jelas dikongsikan selepas pengumuman berita ini dibuat.

Terbaru, Elfira telah berkongsi penjelasannya melalui status di insta storynya berkenaan dakwaan mempunyai hubungan bersama seorang lelaki yang digosipkan sebagai punca putusnya pertunangan Elfira baru-baru ini.

Fed up dengan manusia yang macam ni’

Elfira nampaknya sudah penat untuk melayan gosip-gosip yang dikaitkan dengan dirinya. Dia juga marah kerana netizen tidak habis-habis menimbulkan dakwaan bahawa faktor kewangan menjadi antara punca pertunangannya putus.

‘Dalam caption terang-terang dah tulis..’

Elfira juga mendakwa tiada ruang untuk menimbulkan fitnah dalam gambar-gambar yang dikongsi kerana ianya telah dijelaskan melalui caption yang dimuatnaik. Pertemuannya dengan jejaka terbabit di Mekah pula adalah disebabkan mereka berada dalam kumpulan yang sama untuk menunaikan ibadah tersebut. Katanya lagi, dia telah menjelaskan perkara ini dan terpulang kepada netizen untuk terus melemparkan pendapat.

‘Done clearing the picture’

Dalam status insta story Elfira juga diselitkan dengan satu quote beserta caption bahawa dia berharap satu hari nanti netizen akan mendapat kebahagiaan dan ketenangan dalam jiwa mereka. Setakat itu sahaja penjelasan yang dibuat oleh Elfira berkenaan gambar-gambar yang mengaitkan dirinya dengan jejaka terbabit.

Credit: elfiraloy

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×