berita

Dah Kenapa Menari Dekat Tempat Parking OKU?

April 23rd, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Foto: Tangkap layar video

Di Facebook, tular dua klip video memaparkan seorang wanita yang mengenakan baju berwarna merah sedang asyik menari di tempat awam.

Bagaimanapun, timbul pertanyaan dalam kalangan warganet motif di sebalik kejadian tersebut.

‘Menari sungguh’

Foto: Tangkap layar video

Menerusi dua video yang berdurasi 30 saat itu, menunjukkan seorang wanita begitu ‘asyik’ menari ditambah pula terdapat lagu yang dijadikan sebagai latar belakang kepada persembahannya. Bahkan, dia sama sekali tidak menghiraukan mana-mana kereta yang lalu dan masih memfokuskan terhadap tariannya itu. Tidak berakhir di situ, pintu dan bonet belakang keretanya turut dibiarkan terbuka.

Apa yang menarik perhatian ramai, apabila kereta wanita ini diletakkan ke tempat parkir orang kurang upaya (OKU) dan sekali gus menimbulkan spekulasi dalam kalangan warganet. Namun, sehingga kini tiada sebarang info tambahan di sebalik kejadian itu

Respon netizen

Video tersebut bagaimanapun telah dikongsi sebanyak 176 pengguna Facebook dan meraih ratusan komen. Menerusi ruangan komen, ada yang berpendapat wanita berkenaan berbuat demikian kerana mengalami tekanan kerja dan terdapat juga komen-komen yang sempat mengusiknya.

Sumber: Melvin De Seven via DashCam Owners Malaysia

SKIP THIS AD ×