berita

‘Dah Lah LRT Tutup, Bas Pula Berapa Ketul Je Ada’ – Netizen

November 9th, 2022 | by Wahidah Othman
Kini Trending

Pihak pengurus perkhidmatan Rapid KL mengumumkan penutupan perkhidmatan Transit Aliran Ringan LRT di 16 stesen antaranya laluan Stesen LRT Kelana Jaya dan Stesen LRT Ampang Park bermula 9 hingga 15 November akibat gangguan perkhidmatannya sejak petang semalam.

Artikel Berkaitan: Bukan Sisa Makanan,Tapi.. RapidKL Dedah Penumpang Berak Dalam Bas, Rupanya Dah 2 Kali Kena

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Selamba Basuh Tangan Kotor Dalam MRT, Ramai Dakwa Selalu Nampak ‘Auntie’ Ini

Lantaran itu, Rapid KL menyediakan perkhidmatan bas perantara percuma untuk membawa penumpang dari stesen LRT Lembah Subang ke LRT Pasar Seni, LRT Pasar Seni ke LRT Lembah Subang, LRT Damai ke LRT Masjid Jamek dan LRT Masjid Jamek ke LRT Damai.

Walau bagaimanapun, ramai pengguna LRT mendakwa perkhidmatan bas pengantara tersebut tidak efiktif dan sekali gus melengehkan masa perjalanan mereka. Malah, beberapa orang pengguna merungut kerana terpaksa bersesak ketika menaiki bas perantara yang disediakan syarikat terbabit susulan perkhidmatan LRT sebelum ini tidak dapat beroperasi.

Tidak puas hati

Dalam pada itu, segelintir pengguna di Twitter meluahkan rasa tidak puas hati berhubung bas yang telah disediakan bagi menampung masalah perkhidmatan LRT tersebut. Di samping itu, pengguna Twitter menyuarakan kegusaran mereka kerana orang ramai berebut untuk menaiki perkhidmatan alternatif berkenaan.

Sumber: Twitter

SKIP THIS AD ×