Sebelum ini, nama pelakon remaja, Puteri Balqis kembali mencuri perhatian ramai apabila dia sekali lagi tampil dengan imej seksi di media sosial.
Artikel berkaitan: Muat Naik Foto Pakai ‘Crop Tops’ Di IG, Imej Seksi Puteri Balqis Curi Tumpuan
Terbaru, pelakon ini memberitahu dia sangat menggemari sebuah jenama tempatan yang cukup dikenali dengan gaya ‘street wear’.
Sesuai dengan jiwa
Baru-baru ini, Balqis telah diundang menjadi ‘muse’ bagi jenama Neonate pada acara Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW2022). Menurut remaja berusia 15 tahun itu, jenama tersebut sesuai dengan jiwanya.
Ini merupakan kali pertama Aqish menjadi model. Memang gementar. Kebetulan Aqish lupa nak bawa kanta lekap, bila nak catwalk tu memang tak nampak jalan. Awal-awal masuk pun dah salah. Ada banyak aspek yang Aqish perlu perbaiki. Sebelum ini, Aqish pernah pakai jenama ini dan baju dia sesuai dengan stail Aqish. Jadi bila mereka ajak ‘muse’ memang Aqish minat sangat. Dah lama cuba nak jadi model. Tengok pula semua model tinggi-tinggi, agak menakutkan tapi semua okay sahaja.
Ujar Balqis lagi, dia tertarik dengan tawaran menjadi model dan lebih terbuka untuk menceburi bidang tersebut selepas ini.
Aqish memang minat modelling. Lepas ni kalau ada peluang untuk berjalan di atas runway, memang Aqish nak. Untuk modelling hari ini, Aqish ambil inspirasi daripada supermodel Naomi Campbell.