Kes penipuan dengan teknik penyamaran lazimnya berlaku kepada golongan tua yang mudah diperdaya. Scammer kebiasaannya mensasarkan warga emas kerana mereka mudah percaya dengan pujukan dan putar belit.
Seperti kisah yang dikongsi wanita ini, ibu bapanya kerugian ratusan ringgit selepas didatangi beberapa orang lelaki yang menyamar sebagai petugas Tenaga Nasional Berhad (TNB). Individu tersebut datang menunjukkan kesan terbakar pada wayar elektrik yang didakwanya merbahaya.
Kesan terbakar pada wayar
SCAMMER ALERT
Penipuan Guna Nama TNB
Tengahari tadi rumah ibubapa saya didatangi seorang lelaki yang mengaku bahawa beliau diminta oleh TNB untuk datang ke rumah kerana mendapati ada kerosakan pada wayar meter. Dan kebetulan (atau memang dia dah ushar line) semalam pembaca meter TNB datang ke rumah untuk bil baru.
Beliau panggil ibubapa saya, dan tunjukkan wayar pada meter yang ada kesan terbakar. (seperti dalam gambar). Kemudian mula menakutkan ibubapa saya bahawa keadaan tu bahaya apa segala, kalau tebakaq boleh naik sampai ke atas apa segala. Lepas tu dia bagitau dia boleh tolong perbaiki. Dia nak RM400. Dia ambik RM30 ja upah. Hat lain semua untuk beli barang.
Minta RM200 beli barang
Sekadar gambar hiasan
So dia nak keluaq beli barang sat, dia nak RM200. Bijak dia sebab mintak duit selepas berjaya takut-takutkan orang. Sebelum pi dia habaq dia akan balik dalam setengah jam nak buat bagi selesai. Memang selesaiii… Lepas dua jam tak kembali, mama saya habaq kat saya.
Terima kasih atas tindakan yang sangat pantas oleh TNB Careline, Cikpuan Ainie. Cepat TNB sampai kat rumah. Depa amik tisu ja wipe sekali kat wayar tu. Orang tu dah layoq api kat wayar yang kata terbakaq tu sebelum dia mulakan drama dia. Sebenaqnya takdak apa yang terbakaq dan rosak.
Dan abang-abang TNB ni bagitau kat mama abah saya bahawa hari ni dah tiga laporan depa terima tentang penipuan ni. Semalam dia buat gheja kat Taman Lumba Kuda. Hati-hati na. Pesan kat mak ayah, saudara, kawan-kawan masing-masing.
P/S : Kot sapa buleh tangkap lelaki yang buat gheja ni, habaq la kat saya kalau sudi. Saya nak sekeh dia sebab tipu mama saya lepas tu saya nak baca khutbah ja sikit.
Sumber : Dyna Ahmad