Seperti yang kita sedia maklum, kebersihan merupakan satu perkara yang amat penting dan sememangnya menjadi tanggungjawab setiap individu. Kebersihan diri dan persekitaran juga mencerminkan imej dan personaliti seseorang. Sungguhpun begitu, masih ramai individu yang memandang enteng dan langsung tidak mengendahkan kebersihan persekitaran sehingga ianya memberi kesan kepada orang sekeliling.
Terbaru, satu gambar viral di media sosial yang memaparkan tindakan tidak senonoh seorang bapa yang didakwa dengan selamba melihat anaknya membuang air besar di tepi tiang di kawasan Bandar Muar.
Punya lah banyak tandas dekat Muar ni
Menerusi perkongsian yang dimuatnaik seorang pengguna Twitter, Din Ropi memaparkan seorang kanak-kanak perempuan yang berusia dalam lingkungan 6 hingga ke 8 tahun itu berada dalam keadaan mencangkung dan dilihat seolah-olah sedang membuang air besar di tepi tiang berhadapan dengan Astaka, Bandar Muar, Perbuatan jijik tersebut turut diperhatikan oleh seorang lelaki dewasa yang berkemungkinan adalah bapa kanak-kanak tersebut.
‘Dekat situ juga nak melabur saham’
Perkongsian ini walau bagaimanapun telah mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang rata-ratanya berang dan meluahkana rasa kesal terhadap sikap dua beranak yang langsung tidak menjaga etika.
Tidak kurang juga ada dalam kalangan mereka yang menyifatkan dua beranak ini merupakan individu yang sangat pengotor dan menjijikkan. Mereka juga turut membanjiri ruangan komen dengan menceritakan pengalaman sama apabila mereka berdepan dengan golongan tidak bertanggungjawab ini.
Sumber: Din Ropi