Di Instagram, pelakon, Fizo Omar berkongsi mengenai ujian yang menimpa keluarganya sejak bulan lalu. Menurut Fizo, isterinya, Fazeera Nazri dan kedua-dua anaknya, Maryam dan Khaleeda bersilih ganti dimasukkan ke hospital sehingga kos perubatan mencecah lebih RM30,000.
Dah macam sewa hospital
Ujar Fizo, anak sulungnya, Maryam dijangkiti jangkitan kuman manakala anak keduanya dijangkiti virus influenza yang semakin giat merebak.
Dah macam sewa hospital dah. Bulan lepas punya cerita lebih RM30,000 untuk bil hospital sahaja. Mula dengan Maryam demam jangkitan kuman dan warded for few days, Lepas tu Khaleeda pula deman terkena jangkitan kuman di kotak suara dia dan kena warded jugak beberapa hari.
Hari yang sama Khaleeda discharge, wife abe Joe pula accidently tersepit tangan dekat pintu rumah, berlari pulak ke hospital emergency malam tu, so tangan dia kene banyak jahitan juga dan kene warded juga untuk 3 hari.
Dah settle Faz keluar hospital, Maryam pula demam dan pergi check dia kene influenza pula, demam dan muntah-muntah, so we decide untuk dia masuk ward dan doktor monitor dia dalam wad. Kena tahan pula untuk 3 hari lagi. Hebat dugaan kita orang 1 keluarga bulan lepas, so total bill untuk hospital bulan lepas je lebih RM30,000.
Tambah Fizo, keseluruhan kos ditanggung oleh pihak insurans.
Sumber: Fizo Omar