berita

Dah Minta Kebenaran Penulis & Pengedar, Kasyara Indonesia Beri Nafas Baru Untuk ‘Gerimis Mengundang’

July 8th, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Baru-baru ini, penyanyi kelahiran Indonesia, Raffa Affar menerima kritikan di media sosial berikutan menyanyikan lagu hasil ciptaan Datuk M Nasir yang berjudul ‘Tiara’ dengan sumbang.

Artikel Berkaitan: Dikecam Nyanyi Lagu Tiara Sumbang Semasa Live, Raffa Affar Tampil Beri Respon – ‘Semua Orang Bebas Berpendapat’

Tak dibanding dengan penyanyi asal

Bagaimanapun, isu panas itu tidak mematahkan semangat kumpulan baharu Indonesia iaitu Kasyara untuk menyanyikan lagu ‘Gerimis Mengundang’ dendangan asal kumpulan Slam dengan versi sendiri.

Mendapat sentuhan komposer Malaysia iaitu Saari Amri, ‘Gerimis Mengundang’ merupakan satu karya yang amat terkenal di Indonesia pada tahun 90an.

Menurut Faizal selaku pemain keyboard Kasyara, lagu ‘Gerimis Mengundang’ diberi sentuhan terbaharu mengikut versi mereka bagi penyesuaian pendengar tahun 2022.

Ketika pertama kali menyanyikan Gerimis Mengundang versi ini, terasa segala memori ketika kecil semasa lagu ini hangat diputarkan kembali menjengah.

Malah ia satu ‘kenangan’ yang amat diperlukan dalam menyampaikan lagu yang sarat dengan lirik menyentuh emosi ini.

Jadi saya amat berharap tidak terpalit dengan situasi dibandingkan dengan penyanyi asal seperti yang terjadi kepada penyanyi lain.

Setakat ini rata-rata peminat memberi pujian dengan susuan baharu Gerimis Mengundang. Besar juga harapan saya agar peminat Malaysia dan Indonesia dapat menikmati Gerimis Mengundang nyanyian Kasyara.

Dalam pada itu, Faizal menyatakan Kasyara sudah mendapat kebenaran daripada penulis serta Universal Music Publishing Malaysia selaku pengedar untuk mengolah karya istimewa ini.

Sedap muzik baru!

Di ruangan komen Youtube Fabis Incorporation, rata-rata wargamaya memberi sambutan yang positif dengan memberi pujian.

Sehingga artikel ini ditulis, video itu sudah mendapat lebih 20,000 tontonan dan hampir 100 komen.

Sumber: Youtube Fabis Incorporation

SKIP THIS AD ×