berita

Dah Nak Habis Sekolah, Pelajar Tunjuk Skill Buat Video Perpisahan Menarik

November 27th, 2019 | by Amirul Asraf
Video Popular

Calon yang menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pasti mempunyai perasaan teruja kerana mereka bakal menamatkan zaman persekolahan mereka. Walaupun ada di antara mereka yang akan menyambung semula pelajaran di menara gading, perpisahan yang berlaku semasa tamat sesi persekolahan pasti menimbulkan perasaan sebak secara tidak langsung. Betul tak?

Menerusi Twitter Muammar, pemuda ini berkongsi satu video pendek yang merakamkan detik perpisahan dirinya bersama rakan sekelas. Video tersebut berjaya meraih 10k retweet daripada netizen yang rata-ratanya turut sebak.

Bye classmates

Menerusi video berdurasi 1:12 saat, 26 orang pelajar yang lengkap beruniform sekolah itu mula duduk di perkarangan sekolah mereka dan bersedia untuk menangkap gambar buat kali terakhir bersama. Video tersebut berjaya membuatkan netizen turut bersedih apabila wujudnya adegan satu persatu daripada pelajar tersebut keluar dan pergi meninggalkan kelompok  berkenaan, Hal ini seolah-olah simbolik di mana mereka harus berpisah antara satu sama lain  demi membawa haluan masing-masing.

Rindu gelak tawa dalam kelas

Tambah Muammar, dia akan merindui setiap gelak tawa, nyanyian dan lakonan kesemua rakannya semasa berada di dalam kelas. Momen dimarahi oleh cikgu juga pasti tidak akan lupakan oleh dirinya.

Video orang lain, aku pula yang sedih

Sumber: Muammarhrs

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Content Champion at Rev Asia Berhad
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×