berita

Dah Pernah Sampai Ke Pulau Bohey Dulang? Jika Belum Jom Lihat Foto Ini.. Cantik!

January 8th, 2019 | by Amat
Travelogue

Kota Kinabalu, Sabah merupakan salah satu destinasi pelancongan menarik di Malaysia. Tahukah anda, Kota Kinabalu juga terdapat pulau-pulau peranginan cantik dan sangat sesuai untuk anda inginkan ketenangan.

Antara salah sebuah pulau yang cantik di Sabah ialah Pulau Bohey Dulang. Anda juga berpeluang menikmati pemandangan indah di puncak bukit setinggi 300 meter.

Lihat sendiri laut membiru

Pulau Bohey Dulang merupakan salah satu daripada lapan pulau yang terdapat di Taman Marin Tun Sakaran. Manakala tujuh pulau lain yang meliputi Taman Marin ini ialah Pulau Mantabuan, Pulai Sibuan, Pulai Maiga, Pulau Selakan, Pulau Sebangkat, Pulau Tetagan dan Pulau Bodgaya.

Keistimewaan Pulau Bohey Dulang ialah pulau ini mempunyai puncak bukit setinggi 300 meter. Dari sit, anda akan dapat menikmati pemandangan sangat indah keseluruhan laut membiru dan tumbuhan menghijau mekar.

Pengangkutan & masa terbaik untuk anda ke sana

Pulau Bohey Dulang terbentuk dari batuan volkanik dan meliputi kawasan seluas 313 hektar. Bulan Februari sehingga April adalah waktu terbaik untuk melancong ke Bohey Dulang kerana cuaca pada bulan tersebut sangat baik, tiada hujan atau ribut.

Untuk ke Pulau Bohey Dulang ini, dari bandar Semporna, anda boleh dapatkan bot ke Pulau Bohey dan perjalanan mengambil masa 20 minit dengan menaiki bot. Tetapi jika anda dari Kota Kinabalu, boleh dapatkan penerbangan antara bandar ke bandar Tawau dan seterusnya menaiki pengangkutan awam ke bandar Samporna.

Berpeluang lihat kerang gergasi menetas

Terdapat banyak aktiviti menarik di sana dan antaranya ialah melawat nurseri dan pusat penetasan kerang gergasi. Pusat ini mempunyai makmal, ruang pameran, tangki pembiakan, taman induk dan sangkar laut terbuka. Anda boleh saksikan tujuh jenis kerang gergasi yang terdapat di sekitar perairan kepulauan Sabah ini.

Pemandangan di pulau ini juga sangat cantik sehingga menjadi tumpuan pelancong dan jurugambar dari seluruh dunia. Biasanya jurugambar yang datang ke pulau ini sangat berminat mengambil gambar etnik bajau kerana keunikan budaya.

Snorkeling & diving antara aktiviti menarik

Satu aktiviti yang wajib jika anda berkunjung ke pulau yang kaya dengan khazanah laut iaitu snorkeling dan diving. Walaupun pulau ini tidak menyediakan kemudahan penginapan untuk anda tinggal lebih lama, anda boleh luangkan sedikit masa untuk aktiviti tersebut.

Semasa hiking ke atas bukit, pastikan anda tidak lupa untuk memerhati spesis burung yang boleh didapati sekitar Pulau Bohey Dulang. Destinasi ini pernah diisytiharkan sebagai Taman Santuari burung pada tahun 1933.

Cantiknya…

Sumber: Isskandar Ariffin

SKIP THIS AD ×