berita

Dah Puas Melancong Ke Eropah Dengan Keluarga, Ebit Lew Bawa Isteri Tunai Umrah Pula – ‘Ini Perjalanan Cinta & Rindu’

November 12th, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Selepas bercuti bersama keluarga di Switzerland, Paris dan United Kingdom (UK), pendakwah bebas iaitu Ustaz Ebit Lew sekali lagi membawa isterinya ‘terbang’ dan menunaikan umrah bersama.

Perjalanan cinta dan rindu

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew)

Ya Allah betapa rindunya. Syukur pada Allah sebaik sampai Madinah terus dapat menziarahi Baginda Nabi Sallallahu alaihi wasallam. Tiada manusia paling banyak berkorban berjuang demi kebaikan kita melebihi Nabi Muhammad Salallahu alaihi wasallam. Tiada manusia dicintai Allah melebihiNya. Ya Allah satu hari nanti temukanlah kami dan keluarga kami dengan Baginda Nabi Muhammad Sallalahu alaihi wasallam dan Keluarga Baginda.

Menurut Ebit Lew, dia bersyukur kerana sebaik sahaja sampai di Madinah, beliau berkesempatan menziarah makam baginda Nabi Muhammad S.A.W. Ujar Ebit lagi, perjalanannya kali ini merupakan perjalanan cinta dan rindu terhadap Nabi Muhammad memandangkan sudah berapa lama tidak dapat menunaikan umrah ekoran pandemik Covid-19.

Ya Allah sampaikanlah seluruh keluarga kami dan kawan-kawan kami semuanya untuk menziarahi Baginda Sallahu alailhi wasallam. Berilah kami sentiasa mencintaiNya,mengikutinya dan menyambung kerja dakwah Nabi Muhammad Sallalahu alaihi wasallam.

Semoga dijemput ke sana lagi

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew)

Menerusi perkongsian dua buah video yang dimuat naik oleh Ebit Lew di Instagram, rata-rata netizen berdoa semoga mereka diberikan rezeki untuk melakukan umrah pada tahun ini. Rata-rata netizen turut meluahkan rasa rindu yang teramat terhadap baginda Rasulullah.

Sumber: Ebit Lew

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×