Sekadar gambar hiasan
Tiada angin, tiada ribut tiba-tiba muncul satu kontrovesi seorang penyanyi lelaki yang baru sahaja putus tunang selepas dipercayai kantoi suka kaum sejenis.
Penyanyi kantoi suka kaum sejenis?
Sekadar gambar hiasan
Memetik laporan portal hiburan Boom, penyanyi terbabit dikatakan telah bertunang pada tahun lalu dan merancang untuk melangsungkan perkahwinan pada tahun ini. Namun siapa sangka, hubungan mereka terlerai di tengah jalan dan selepas ikatan pertunangannya putus, penyanyi tersebut telah membawa diri ke luar negara.
Lebih mengejutkan apabila mengetahui punca sebenar hubungan mereka terlerai disebabkan penyanyi itu yang dikatakan bernafsu songsang dan perkara tersebut telah sampai ke pengetahuan pihak perempuan.
Difahamkan, penyanyi itu baru sahaja menyertai program realiti dan menjadi sebutan apabila dia dijangka memenangi pertandingan tersebut. Dia juga memiliki beberapa single namun tidak mendapat sambutan tetapi single terbaharunya pula dijadikan OST sebuah drama rantaian yang sedang meletup.
Sumber: Boom