berita

Dah Sarapan 2 Bungkus Nasi Lemak Sebelum Cucuk Vaksin, Wanita Mohon Henti Sebar Video Anak Pitam

October 1st, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Viral sebuah video di media sosial yang memaparkan seorang remaja lelaki hampir pitam selepas dipercayai baru sahaja menerima suntikan vaksin Covid-19 di Pusat Pemberian Vaksin PPV (PPV) Encore, Klebang, Melaka, semalam.

Artikel berkaitan: Viral Video Pelajar 12 Tahun Hampir Pengsan Selepas Vaksin, Rupanya Tidur Lewat & Tak Sarapan

Menerusi laporan Harian Metro, ibu kepada Muhammad Azim iaitu Ulfah Amat memohon kepada semua pihak agar berhenti menyebar video berkenaan. Ujar Ulfah, berita yang diceritakan itu tidak benar sama sekali. Ini kerana, anaknya berada dalam keadaan sihat.

Sedih ada yang reka cerita

Banyak cerita bukan-bukan yang muncul mengenai anak saya. Saya minta tolong hentikanlah sebar berita tidak benar itu kerana anak saya sihat, tiada apa-apa pun. Saya kecewa dengan penyebaran video berkenaan, ditambah pula membuat cerita yang salah serta bercanggah dengan apa yang berlaku.

Jelas Ulfah, dia berasa sedih apabila segelintir pihak cuba mereka cerita bahawa anaknya sudah meninggal dunia.

Ada yang mendakwa anak bongsu saya ini tidak bersarapan pagi sebelum menerima suntikan dan ada pula yang mendakwa anak saya hanya makan satu sudu saja pagi semalam, walhal sebelum pergi ke PPV, Muhammad Azim sudah bersarapan nasi lemak dua bungkus. Saya pun tak tahu siapa yang sebarkan cerita itu. Saya minta hentikanlah.

Pengsan sebab terlalu takut

Tolonglah jangan sebarkan cerita yang bukan-bukan, malah saya juga tidak tahu siapa yang merakamkan video berkenaan sehingga menimbulkan pelbagai dakwaan mengenai vaksin. Tiga lagi anak saya berusia antara 17 hingga 21 tahun semua sihat selepas terima vaksin, cuma anak bongsu (Muhammad Azim) semalam sebelum vaksin dia cakap terlalu takut, tapi saya dan keluarga tetap memberinya semangat supaya tidak takut. Saya juga berterima kasih kepada semua pihak, termasuk pasukan keselamatan dan kesihatan yang membantu dalam kejadian semalam.

Mengulas lebih lanjut, ibu kepada empat orang anak itu berkata anaknya pengsan disebabkan terlalu takut semasa menerima vaksin. Tambahnya, doktor turut mengesahkan bahawa keadaan kesihatan Azim berada dalam keadaan baik, namun jantungnya berdegup agak laju.

Sumber: Harian Metro

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×