Seperti yang sedia maklum, pelakon, Puteri Sarah Liyana sudah pun bercerai dengan bekas suaminya, Syamsul Yusof dan telah membuat keputusan untuk menarik semula kes saman terhadap bekas madunya, Ira Kazar.
Namun, pelakon filem Lu Pikirlah Sendiri The Movie itu kembali menarik perhatian netizen menerusi satu sesi siaran langsung yang dilakukannya baru-baru ini.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Syamsul Yusof & Puteri Sarah Sah Bercerai, Talak Satu
Artikel Berkaitan: Puteri Sarah Tarik Kes Saman, Ira Kazar Kini ‘Bebas’
‘Apa lagi korang nak?’
Menerusi potongan video yang tular di TikTok, Sarah yang membaca komen berbentuk kecaman mendedahkan dia sudah pun move on dari penceraiannya dengan Syamsul.
Sarah berkata, dia memilih untuk melupakan segala hal tersebut bagi meneruskan kehidupannya yang kini sedang sibuk dengan menjalani penggambaran di Indonesia.
Apa ni? ‘Sudah-sudahlah fitnah orang, jaga aib diri kau (Puteri Sarah) sendiri jangan sampai terbuka’. Siapa ni? Siapa? Siapa? Siapa? Siapa orangnya ni?
Ala biasalah tu kalau ada orang cakap bukan-bukan pasal Sarah, kita dah tahu siapa.
Kita tak payah layan orang-orang macam tu sebabnya kita dah bagi apa yang dia nak, kita pun dah move on,
Kita pun dah nak start shooting dekat sini (Indonesia) dan kita pun dah tak kisah dekat sana (Malaysia) apa yang nak jadi.
Bukan itu sahaja, ibu kepada dua orang anak itu juga dilihat mengeluarkan kata-kata berbaur sindiran menerusi sesi siaran langsung itu.
Kita dah sedekah dekat korang, jadi apa lagi yang korang nak? Kalau dah bagi pun masih menyalak lagi jadi maknanya tak tenanglah kan?
Sampaikan I dah ada dekat sini (Indonesia) pun, korang nak apa lagi?
Meskipun tidak menyebut mana-mana pihak, rata-rata wargamaya meneka kata-kata yang dilemparkan Sarah itu adalah ditujukan kepada keluarga Ira Kazar.
Respon netizen
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen memuji Puteri Sarah yang dilihat tetap tabah dan tenang di samping pelbagai kecaman dan tohmahan yang diterimanya.
Sekadar info, Puteri Sarah dan Syamsul Yusof akhirnya bercerai talak satu selepas kemelut rumah tangga yang berpanjangan di antara mereka pada 14 Jun yang lalu.
Selepas bercerai, Puter Sarah kemudiannya membuat keputusan untuk menarik semula kes saman terhadap bekas madunya, Ira Kazar dan dua ahli keluarganya.
Sumber: TikTok