berita

Puteri Sarah Tarik Kes Saman, Ira Kazar Kini ‘Bebas’

July 5th, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

Mahkamah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mengesahkan kes saman pelakon Puteri Sarah terhadap bekas madunya, Ira Kazar dan dua ahli keluarganya diselesaikan secara baik di luar mahkamah.

Artikel Berkaitan: Syamsul Yusof Nak Tarik Balik Saman Terhadap Jawi & Maiwp?

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Syamsul Setuju Bayar Nafkah Bulanan Anak RM6,000, Edah Puteri Sarah RM15,000

Tarik kes saman

Memetik Harian Metro, peguam yang mewakil Puteri Sarah, Puteri Ummi Kartini Abd Latiff berkata, perkara itu dimaklumkan ketika pengurusan kes di hadapan Hakim Norakhmar Mohd Sani.

Mahkamah merekodkan penghakiman persetujuan pihak-pihak (Puteri Sarah Liyana dan Ira Kazar) pada hari ini di mana mereka menyelesaikan kes secara damai di luar mahkamah.

Ada perkara yang sulit untuk didedahkan, jadi kes ini diselesaikan secara baik. Kes selesai. Saya mewakili Puteri Sarah selaku plaintif, manakala Ira Kazar sebagai defendan diwakili peguam, Ammar Ghalip.

Pada 14 Jun lalu, kemelut rumah tangga pengarah sensasi, Syamsul Yusof, 39, dan Puteri Sarah akhirnya menemui tiktik noktah apabila disahkan bercerai di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur.

Pada Jun tahun lalu, Puteri Sarah memfailkan satu tindakan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dan dua aduan di pejabat agama terhadap Ira Kazar yang didakwa kekasih Syamsul ketika itu.

Mahkamah kemudian mengeluarkan perintah injunksi inter-parte bagi kedua-dua belah pihak yang antara lainnya menyatakan Ira atau sesiapa yang mempunyai kaitan dengan Ira untuk tidak menjejaskan ketenteraman dan kedamaian Puteri Sarah serta keluarganya, keluarga mentuanya termasuk suaminya, Syamsul.

Untuk rekod, Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×