Bukan kali pertama pelakon Azhar Sulaiman terpalit dengan isu anak perempuannya, Kasih Iris Leona yang sering menjadi bahan bualan kerana dikatakan terlalu seksi.
Azhar dalam satu hantaran tampil memberi penjelasan bahawa dia pernah menegur Leona agar tidak tampil terlalu seksi, namun anaknya itu tetap berdegil.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Azhar Sulaiman Mengaku Tak Mudah Tegur Anak Berpakaian Seksi, Nak Rotan Dah Cukup Besar
‘Dah cakap jangan seksi…’
Dalam satu hantaran di akaun Instagram miliknya, Azhar tidak menafikan bahawa dia pernah menegur anaknya yang juga selebriti media sosial itu.
Namun, menurut Azhar, membesarkan anak itu bukanlah sesuatu yang mudah, dan dia tetap bersyukur dengan disiplin Leona yang sekarang.
Ya dia suka pakai seksi… dah cakap jangan seksi… ya tetap bergambar seksi.
Setiap ibu bapa akan ada pelbagai jenis masalah dengan anak-anak mereka. Namakan sahaja, segala masalah yang seorang anak boleh conteng arang pada ibu bapa dia.
Pada Mami biarlah ‘begini dari begitu’, ianya mungkin menjadi lebih teruk kalau nak renung balik zaman Muda Mami dulu.
Dalam pada itu, Azhar yang mesra dengan panggilan Mami itu juga tidak menolak kemungkinan bahawa kerenah anak-anaknya hanyalah cerminan dirinya sewaktu muda.
Anak-anak kita adalah balasan kepada apa yang kita buat semasa kita bujang dulu..
Sumber: Instagram Azhar Sulaiman