Meskipun pengarah sensasi Syamsul Yusof sudah mengaku berbini dua, namun belum lagi menyelesaikan kemelutnya dengan isteri pertama, pelakon Puteri Sarah Liyana.
Pernah suruh kahwin
Menurut Puteri Sarah, dia pernah meminta Syamsul untuk berkahwin dengan Ira Kazar namun pelakon itu sekerasnya menolak tawaran tersebut.
Menerusi hantaran di Instagram (IG), Puteri Sarah pelik kerana selama empat tahun ‘kantoi’, sudah banyak kali dia ajak berbincang namun Syamsul diam membisu.
Saya nak ucapkan tahniah akhirnya mengaku juga selepas diasak. Dan saya cuma pelik baru beberapa hari lepas nafi tak kahwin. Cakap itu fitnah dan nak saman JAWI.
Pertama, awak cakap balik la untuk berbincang. Saya pelik selepas empat tahun berlaku antara awak dan dia, saya bagi peluang untuk awak cakap. Tapi awak tak cakap apa-apa pun.
Saya tanya nak tak kahwin dengan Ira? Tapi dia sendiri kata tak nak. Dia kata bukan dengan saya saja tapi dengan ibu bapanya dan semua sepupu yang dia takkan kahwin dengan perempuan itu Saya tak nak bersubahat dengan maksiat awak buat.
Dedah aktres berumur 38 tahun ini, sudah setahun Syamsul menyekat nombor telefonnya.
Macam mana saya nak berbincang? Sampai sekarang (7.30pm) awak block (sekat) saya. Kalau you unblock saya kan ada perbincangan. Dah setahun awak block saya.
Awak tinggal kami
Dalam pada itu, pemilik nama Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin memberitahu dia memilih untuk tinggal bersama kedua ibu bapa bagi memudahkan urusan penjagaan anak-anaknya,Syaikhul Islam, 5, dan Sumayyah, 3.
Kenapa saya perlu tinggal dengan ibu bapa awak? Kenapa perlu duduk dengan keluarga saya? Saya perlu orang untuk menjaga dan membesarkan anak-anak. You tak ada, you left us. Saya terkontang kanting.
Terpaksa menjaga Sumayyah dan Syaikhul. Terpaksa menjawab soalan tanya mana ayah? Setiap masa saya tipu mereka kata ayah bekerja.
Selepas ini kita selesaikan semua ini di mahkamah dan saya tak nak lagi bebankan diri untuk menjawab persoalan mereka.
Pada Jumaat petang, Syamsul akhirnya bersuara mengenai konflik rumah tangganya apabila mengesahkan berkahwin dua dengan Ira Kazar di Thailand, hari ini.
Terdahulu, Syamsul dan Sarah bernikah pada 8 Mac 2014 dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Summayyah, 4.
Sumber: Instagram