Seseorang pendidik perlu mengambil sepenuh perhatian pelajar dalam kelas dan ianya merupakan satu cabaran yang sukar. Guru atau pensyarah semestinya ada idea yang tersendiri untuk menarik minat pelajar untuk terus memberikan perhatian dalam kelas.

Menerusi Twitter Fasihabidaa memaparkan keunikkan seorang pensyarah dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang dikenali sebagai Mr. K memakai kostum watak Maleficent sewaktu mengajar di kelasnya. Video ini menarik perhatian netizen kerana kesungguhan dan keunikan pensyarah ini bagi memeriahkan suasana kelasnya.

Maleficent jadi pensyarah

https://twitter.com/fasihabidaa/status/1102837089572278272

Ramai pelajar yang terkejut dengan penampilan Mr. K yang lengkap dengan tanduk ikonik watak itu sewaktu menghadiri kelas pensyarah tersebut.

Sangat menjiwai watak

https://twitter.com/fasihabidaa/status/1102838424296337408

Semoga perkongsian ini bermanfaat

Pensyarah ini tidak kisah jika cara pakaiannya menjadi viral di laman sosial kerana berharap perkongsian ini member manfaat kepada tenaga pengajar yang lain untuk lebih kreatif menarik perhatian pelajar.

Netizen terhibur

Sumber: Fasihabidaa