Pempengaruh dan usahawan Sally Whoo tampil menghulurkan bantuan kepada seorang remaja warga Kemboja iaitu Hafiz yang sebelum ini tular kerana kegigihannya menjual mangga demi membantu keluarga.

Artikel Berkaitan: Diuji Pada 10 Ramadan Terakhir, Sally Whoo Masuk Hospital Akibat ERCP – ‘Allah Tarik Satu Saja, Terus Kita Jatuh Diam’

Artikel Berkaitan: Sally Whoo Akui Cabaran Jaga Anak Kembar, Syukur Ada Pembantu – ‘Bila Seorang Menangis, Seorang Lagi Ikut’

Sally Whoo beri sumbangan

@sallywhoo

Alhamdulillah dapat jumpa adik Hafiz 🤍 Nak minta korang doakan adik hafiz and family tau, please comment yang baik baik je untuk mereka 🫶🏻✨

♬ original sound – Sallyforshort – Sallyforshort

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Sally atau nama lengkapnya Nur Salilah berkongsi momen ketika membuat persiapan sebelum berkunjung ke rumah remaja berkenaan.

Sally bersama suami dan pasukannya dilihat memborong pelbagai barangan dapur dan keperluan harian untuk disumbangkan kepada Hafiz sekeluarga.

Hari ini adalah hari yang kita nak pergi jumpa adik Hafiz Kemboja tu. Tapi sebelum itu, kita nak beli sedikit barang-baranganlah nak bawa pergi rumah dia.

Momen paling menyentuh hati apabila Sally menunaikan janji menghadiahkan sebuah motosikal baharu kepada Hafiz bagi memudahkan urusan hariannya.

Terima kasih kakak, semoga dimurahkan rezeki kakak. Murah rezeki, sangat cantik motor ini, saya sangat suka. 

Semoga Kakak Sally sihat dan dipanjangkan umur.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji sikap pemurah dan keprihatinan Sally serta suami kerana sudi membantu insan yang memerlukan.

Mereka turut mendoakan agar rezeki usahawan tersebut terus dipermudahkan atas kebaikan yang dilakukan.

Sumber: TikTok Sally Whoo