Seperti satu ungkapan yang sering kita dengar, kalau dah jodoh, tak ke mana, satu pasangan yang telah berpisah terpaksa bercuti bersama selepas gagal mendapatkan bayaran balik untuk percutian yang mereka tempah sebelum berpisah.
Muka masing-masing janggal
Menerusi satu perkongsian di laman TikTok, pengguna @sadgirlhours3344 berkongsikan bahawa dia terpaksa meluangkan masa selama dua minggu bercuti dengan bekas teman lelakinya.
Bila kau dah berpisah, tapi percutian tak boleh ‘refund’.
Pasangan tersebut menjangkakan bahawa mereka akan masih kekal bersama apabila tarikh percutian tersebut tiba, namun mereka berpisah dan percutian tersebut pula tidak boleh dibatalkan.
Dalam video yang dimuat naik, mereka berdua kelihatan duduk bersebelahan satu sama lain di tepi pantai, dan kedua-duanya menunjukkan ekspresi muka yang sedikit janggal.
Perkongsian tersebut kini telah mendapat lebih 15 juta tontonan, dan ruangan komen video tersebut dipenuhi dengan pengguna yang berkongsikan pengalaman mereka yang serupa, selain ada juga yang bertanya sekiranya mereka telah kembali bersama selepas percutian tersebut.
Video
@sadgirlhours3344 2 week vaca!!!!!
@sadgirlhours3344 October planning brings May trauma !!!
Sumber: @sadgirlhours3344