Tak kiralah lelaki atau wanita, kulit yang cantik dan sihat dah tentu jadi idaman setiap orang. Sebab tu bila ada yang berkongsi tentang mana-mana produk yang bagus untuk kulit, semua orang berebut nak cuba.
Baru-baru ini viral di media sosial tentang produk Koolit™. Kalau korang nak tahu, produk penjagaan kulit yang satu ini tengah laris sakan di pasaran. Nak tahu apa yang best sangat pasal produk ni? Korang baca sendiri review dekat bawah.
1. Langsung tak melekit!
Kami yakin sebenarnya ramai yang tak suka guna losyen atau krim sebab teksturnya selalu melekit dan berminyak. Paling tak best, bila nak pegang barang atau pakaian pun jadi takut sebab risau melekat kesan kotoran losyen tu.
Tapi apa yang menariknya pasal produk ni, salah satu kelebihan yang buat ia viral dan jadi pilihan ialah losyen dan krim Koolit™ jenis tak melekit sebab sangat cepat menyerap tau.
2. Jaga kulit selepas guna sanitizer
Sepanjang musim wabak, amalan membersihkan tangan menggunakan sabun atau hand sanitizer dah jadi rutin harian. Paling risau bila kandungan alkohol dalam cecair sanitizer yang sepatutnya berfungsi membunuh kuman akhirnya dalam diam-diam turut menjejaskan kesihatan kulit.
Kalau kita check satu persatu review yang ada, nampaknya semua produk Koolit™ mampu melembapkan semula kulit dan cegah masalah kering dan merekah.
3. Sesuai untuk kulit sensitif
Korang ada masalah kulit sensitif tapi masih tak jumpa produk yang sesuai? Mungkin dah tiba masanya untuk bertukar kepada Koolit™ sebab rata-rata review yang kami baca, semuanya cakap produk ni memang terbaik untuk kulit sensitif. Apa yang lagi best, produk Koolit™ mengandungi bahan semula jadi dan juga bebas daripada sebarang wangian tambahan!
4. Kulit gatal-gatal dah takde lagi
Kami yakin korang semua tahu betapa seksanya bila berhadapan dengan masalah kulit gatal. Paling tragis bila korang mula menggaru sana sini dan akhirnya kulit jadi lebih teruk. Urrghh… pedih, rimas dan stress. Cuba baca review kat bawah ni, kami yakin masalah kulit korang pun boleh setel macam mereka.
5. Masalah tona kulit tak sekata selesai
Mungkin ada yang tertanya-tanya, produk Koolit™ ni boleh ke dijadikan pengganti untuk skincare? Jawapannya ya, memang boleh! Kalau korang nak tahu, produk Koolit™ bukan setakat boleh melembapkan kulit tetapi rumusan bahan terbaik dalam produk ini juga membantu mencerahkan kulit secara semula jadi sekaligus mengurangkan masalah pigmentasi dan tona kulit tak sekata tau. Rugi kalau tak cuba!
6. Gel mandian terbaik, lembut pada kulit
Kalau sabun mandian korang tak ngam kulit, boleh jadi macam-macam masalah tau. Gel mandian Koolit™ Gentle Body Wash adalah pilihan terbaik sebab ia bukan saja membersih malah melembapkan kulit serta tak menyebabkan kulit kering atau merekah. Pendek kata, mandian Koolit™ memang jauh berbeza berbanding mana-mana gel mandian lain kulit sensitif yang lain.
7. Kulit lebih sihat, licin & glowing!
Kalau boleh dibuat skincare, dah tentu semua orang mengharapkan Koolit™ menjaga kulit dengan baik betul tak? Rasanya kalau korang baca review dekat bawah ni, esok juga pakat borong Koolit™.
8. Koolit pun dah jadi pilihan selebriti!
Ehem.. korang tahu tak review daripada siapa ni? Ya guys, Marsha pun guna Koolit™ jugak weh! Bukan biasa-biasa tau produk viral ni. Walaupun boleh dikatakan jenama Koolit™ masih baru di pasaran, tapi nampaknya selebriti pun dah mula yakin dengan kemampuannya untuk memelihara kesihatan kulit.
Ramai dah cuba, korang bila lagi?
Sebenarnya ada banyak lagi review yang kami jumpa di Twitter, tapi kami yakin ini dah lebih dari cukup. Lagipun, sebaiknya korang cuba sendiri produk Koolit™ ni barulah dapat tahu best atau tak.
Hasil carian kami di internet, produk Koolit™ ada tiga pilihan iaitu Koolit™ Soothing Lotion, Koolit™ Calming Cream & Koolit™ Gentle Body Wash. Ketiga-tiga pilihan produk ini ternyata sesuai untuk semua jenis kulit, malah bukan saja digunakan untuk orang dewasa, tapi ia juga selamat digunakan termasuk kulit bayi.
Bagi korang yang belum tahu, produk Koolit™ diformulasi dengan Ekstrak Akar Manis (Licorice Root Extract) yang mempunyai sifat melegakan serta mencerahkan kulit dan ia turut mengandungi vitamin E semulajadi.
Kalau korang berminat nak dapatkan produk viral ni, boleh je terus ke Watsons sebelum ia sold out!