berita

Dahlah Datang Lambat, Gambar Kahwin ‘Kelaut’! Pengantin Trauma Dianiaya Jurugambar

January 16th, 2021 | by Shahira
Kini Trending

Menggunakan khidmat jurugambar ketika mengadakan majlis-majlis penting seperti majlis perkahwinan seakan sudah menjadi satu trend dalam kalangan masyarakat masa kini. Momen-momen indah tersebut akan diabadikan dalam bentuk gambar dan video serta boleh disimpan sebagai kenang-kenangan.

Tetapi lain pula yang jadinya kepada pasangan pengantin ini apabila mereka didakwa bernasib malang kerana ‘dipertemukan’ dengan jurugambar yang sangat tidak professional. Lebih menyakitkan hati adalah kebanyakan gambar yang diambil juga kualitinya sangat teruk!

Ambil pakej RM999

Kami terpaksa mempercepatkan majlis kami yg sepatutnya berlangsung pd 26/12 disebabkan kami takut pada 25/12 (krismas) tu tak boleh rentas negeri. Tiga minggu sebelum majlis kami dah survey photog utk shoot majlis kami. Semasa kami survey review, gambar semua okay.

Bila saya bertanya tarikh 12/12 tu kosong bagi company tersebut. Jadi company tersebut bersetuju dan buka tawaran pakej harga kepada saya. Saya bersetuju dengan tawaran pakej itu dan sertakan dengan bayaran. Saya jelaskan sekali lagi saya mengambil pakej RM999 untuk 1 events (bersanding sahaja).

Konon salah rumah

Selepas kejadian ini terjadi, saya contact dengan xxxxx. Penjelasan yang saya dapat adalah si shooter sebelum tu beritahu kepada company bahawa untuk tarikh 12/12 tu dia takda job. Jadi xxxxx bagi dia job untuk shoot majlis kami. Serta si shooter juga beritahu kamera dia rosak, then company beri pinjam kamera kepada si shooter. Macam mana boleh kantoi si shooter ambil job lain? Si shooter sendiri terlupa untuk delete semua gambar yang dia ambil untuk job lain.

Sepatutnya kami bersanding pukul 12. Bayangkan aku yang nak berarak ni, ibu ayah aku yang tengah sibuk layan tetamu masa tu kelam kabut kena call photographer sebab tak sampai-sampai. Nak dekat pukul 1 petang baru sampai rumah pengantin. Alasan sebab location yang diberi salah. Bila ibu call dia cakap dah duduk kat rumah pengantin lain 2 jam!, baru tahu salah rumah. Lastly kantoi juga bukan salah rumah tapi sebab dia shoot tempat lain dulu!

Langsung tak ajar cara posing

Then bila dia dah sampai, dengan kelam kabut nak shoot kami berarak. Then bila dekat pelamin langsung tak guide kami untuk posing, kami yang kena posing sendiri. Kedudukan bila ambil gambar ramai ramai langsung tak susun ke apa. Then ibu aku dah siapkan meja untuk kek lagi dekat depan meja makan pengantin, dia boleh suruh aku alihkan masuk dalam dekat pelamin sebab dekat luar ramai org. WHAT?!

Lepas dah potong kek, terus shoot aku sesorang dulu. Berapa keping je lepas tu dia suruh rehat. Yang dia suruh kitaorang rehat tu, dia tak ada buat apa-apa langsung pun masa tu. Duduk je dekat depan pelamin. Then bila tanya nak shoot pengantin laki dah ke? Dia cakap belum lagi. Sampai lah dia lupa terus nak shoot laki aku sesorang.

Gambar blur, tak cantik

Then masa nak outdoor pulak, aku tny dia nak outdoor mana. Dia ckp belakang rumah aku ? Mula-mula dia cakap nak outdoor dekat bandara, lepas tu dia cakap Melaka hujan. Then dia nak tunda esoknya outdoor, tapi aku cakap baju aku nak pulangkan esoknya, then make up apa semua takkan nak kena bayar lagi.

Dia boleh cakap tak payah make up, dalam gambar tak nampak! Then dia cakap nanti berhenti je dekat ladang getah memana tepi jalan untuk shoot. Otak dia lah! Lastly, aku suggest pergi dekat taman belakang ST tu je. Punya besar tempat tu, dia shoot aku satu tempat tu je. Masa shoot dekat rumah dan outdoor, dia cakap aku tak payah pakai kasut kawin pun takpe, sebab tak nampak. Dah tu buat apa aku beli kasut kawin kalau tak pakai?

Sepanjang masa memang dia ikut bontot pengantin je. And aku yang kena panggil family untuk susun turn siapa untuk ambil gambar. Half gambar aku totally out. Means blur, candid lebih banyak dari yang okay and dah di edit oleh company tu. Even tak banyak tapi bermakna.

Sumber: Siti Soleha

SKIP THIS AD ×