Personaliti media sosial, Dahlia Rizal meluahkan rasa syukur atas rezeki memiliki keluarga mentua yang sangat baik dan penyayang.

Artikel Berkaitan: ‘Banyaknya, Nak Buka Pun Shaking’ – Rakan Terharu Terima Hadiah Bertimbun Daripada Dahlia Rizal

Artikel Berkaitan: Dahlia Rizal & Imran Aqil Berjemaah Bersama Anak 5 Bulan, Raih Pujian Netizen

Keluarga mentua

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Threads, pemilik nama Nur Dahlia Ahmad Rizal, 25, mengakui bertuah kerana dikurniakan ibu bapa mentua yang masih muda. 

Menurut isteri kepada pelakon Imran Aqil itu, ibu mentuanya bukan sahaja melayannya seperti anak kandung malah sentiasa membantu dalam membesarkan anak sulung mereka, Yusra.

Apa yang best tentang ibu bapa mentua saya adalah mereka masih dalam lingkungan umur 40-an.

Saya sangat hargai ibu mentua saya, dia layan saya macam anak kandung dari sebelum Yusra lahir lagi.

Selalu offer nak jaga Yusra dan tidur dengan dia. Selalu ada bersama saya untuk sokong apa saja yang saya buat dalam hidup.

Selain itu, Dahlia turut bersyukur kerana dilayan baik oleh keluarga mentua tanpa sebarang paksaan sekali gus membolehkannya menjadi diri sendiri.

Selalu masak untuk saya dan Imran bila kami tidur di rumah dia. Bangun-bangun dah ada makanan.

Ibu mentua juga tak pernah paksa saya masak. Ayah Imran juga banyak beri saya makanan yang sedap-sedap semasa mengandung. Sayang sangat mereka.

Sumber: Threads @dshazall