berita

Dahulunya Lelaki Ini Hidup Mewah, Disanjung Tinggi & Dihormati.. Tapi Semua Itu Lenyap Kerana..

March 4th, 2016 | by Ash Nordin
Kini Trending

Screen Shot 2016-03-04 at 11.51.49 AM

Lumrah dunia, bila kita senang semua nak berkawan dengan kita, semua nak lepak berborak-borak, ambil berat pasal kita. Tapi bila jatuh susah, tak semua member-member yang ada masa senang tu ada dengan kita. Kalau ada pun berapa kerat je.

Sama juga dengan kisah yang menimpa seorang lelaki ni. Dahulunya berjawatan tinggi, hidup mewah dan dihormati. Tapi semua tu hilang apabila sesuatu telah terjadi pada dirinya. Sekarang dia hidup sebatang kara di sebuah surau. Kesiannya.

Dulu hidup mewah, dikelilingi ramai kenalan.. Tetapi..

Dahulunya, lelaki yang bernama Abd Rahim Zakaria, 65, merupakan seorang yang dihormati, disanjung tinggi dan dikelilingi ramai rakan. Dia juga merupakan seorang pegawai eksekutif di sebuah syarikat terkenal di Petaling Jaya dan boleh dikatakan hidupnya mewah.

Namun semuanya lenyap begitu sahaja, daripada seorang yang memegang jawatan dan pernah dianugerahkan pingat Khidmat Cemerlang Masyarakat (PMC) pada 2012, kini dia seorang lelaki yang tidak mempunyai apa-apa lagi.

Masa sihat, saya disanjung dan dihormati. Tetapi bila sakit, semuanya hilang. Rakan-rakan juga hilang kecuali mereka yang senasib dengan saya.

Kini merempat

Screen Shot 2016-03-04 at 11.29.05 AM

Sumber foto: Sinar Harian

Selepas dihalau oleh tuan rumah sewanya pada minggu lalu, kini Abd Rahim hidup merempat sebatang kara di sebuah surau dekat pangsapuri Templer. Dia juga yang tinggal bersama keluarga angkatnya berserah segala-galanya kepada takdir.

Dalam keadaan saya yang sakit dan tidak sihat ini, terpaksa merempat dan tinggal di surau sebab tidak mempunyai tempat tinggal.

Hidap penyakit, bercerai dengan isteri..

Selepas itu, dia juga ada membuat aduan kepada pihak berkaitan, tetapi semuanya tidak dilayan. Abd Rahim pernah memegang jawatan sebagai Timbalan Pengerusi Persatuan Parkinson Malaysia, juga disahkan menghidap penyakit parkinson dan kanser darah. Lagi menyedihkan, sebelum itu dia dipulaukan isterinya selepas mereka ambil keputusan untuk bercerai.

Ternyata, Abd Rahim tak pernah menyangka hidupnya berakhir dalam situasi yang amat menyedihkan..

Mujur ada anak angkat yang sudi membantu menjaga saya dan menguruskan urusan ubat-ubatan setiap hari. Kalau tidak nasib saya pasti akan lebih teruk. Hidup saya bergantung dengan ubat, lebih-lebih lagi selepas melakukan kimoterapi menyebabkan badan saya semakin lemah dan penglihatan mula kabur.

Harap sudi bantu..

Menurut Mohd Rafi, anak angkat kepada Abd Rahim, segala penat lelah dan usaha telah dijalankan untuk meringankan bebab tapi semuanya seakan temui jalan buntu.

Mohd Rafi juga bekerja sebagai pencari besi buruk dan gajinya bergantung kepada berapa hasil yang diperoleh setiap hari. Isterinya juga tidak bekerja kerana terpaksa menjaga anak.

Saya bersama isteri dan anak berusia 3 tahun terpaksa keluar apabila tuan rumah tidak benarkan kami tinggal di situ lagi.

Sudah seminggu saya cari rumah, tapi sampai sekarang tiada siapa sudi beri bantuan. Penat lelah saya panjat tangga Majlis Perbandaran Seremban (MPS) dan pejabat kerajaan negeri setiap hari untuk dapatkan rumah PPRT masih tak hilang.

Setiap hari saya keluar cari rumah tapi tak jumpa. Kalau ada pun tuan rumah minta bayaran pendahuluan hampir RM1,000. Mana saya ada duit sebanyak itu. Kerja pun dah tiga hari tak pergi sebab sibuk cari rumah.

Kasihan mereka..

Pengerusi Surau Pangsapuri Templer yang sekarang mereka duduki, Zulkifli Ismail berkata pihaknya hanya boleh bantu setakat mana yang boleh.

Tambahnya, keluarga berkenaan tidak tahu lagi ke mana arah hendak di tuju, pelbagai aduan dan permohonan telah diadukan tetapi masih tiada jawapan.

Pihak JKM juga telah maklum mengenai perkara ini, namun menurut pegawai yang datang melawat, mereka juga tidak dapat menempatkan kesemua keluarga ini di JKM berikutan tiada tempat sesuai.

Saya berharap ada pihak yang sudi membantu keluarga ini mendapatkan tempat tinggal. Kasihan melihat anak kecil mereka hanya duduk di surau tanpa televisyen dan ruang rehat yang selesa.

Zulikfli juga menambah, dia terpaksa membatalkan kelas mengaji yang diadakan setiap petang untuk memberi ruang kepada keluarga berkenaan tinggal di surau.

Saya terpaksa memberi ruang kepada mereka untuk tinggal sementara di surau ini memandangkan Rahim mempunyai masalah kesihatan, selain mereka juga mempunyai seorang kanak-kanak berusia 3 tahun yang perlu dijaga dengan sempurna.

Sumber: Sinar Harian

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×