berita

Da’i Syed Lancar Lagu ‘Ya Habib’, Ditulis Ketika 20 Hari Ditahan Dalam Lokap

March 5th, 2021 | by Amat
Video Popular

Sebelum ini, pendakwah bebas iaitu Da’i Syed ditahan bagi membantu siasatan mengenai dakwaan berhubung pertuduhan perbuatan mencabul dan merogol beberapa orang gadis. Namun bagaimanapun, perbicaraan mengenai dakwaan tersebut akan disambung semula pada 19 Mac ini selepas dia dibebaskan atas ikat jamin.

Artikel berkaitan: ‘Hi, I’m Back’ – Kembali Aktif Di Media Sosial, Peminat Doakan Da’i Syed Terus Kuat

Artikel berkaitan: ‘Sudah Tentu Saya Sedia Untuk Dibicarakan’ – Kes Mahkamah Da’i Syed Ditangguh Ke 19 Mac Ini

Terbaru, pendakwah selebriti itu membuat kemunculan pertama dengan menghasilkan sebuah lagu selepas dibebaskan.

Kemunculan baru

Memetik laporan Harian Metro, Da’i Syed mempercayai segala yang telah berlaku itu mempunyai dugaan dan hikmah disebaliknya. Disebabkan itu, dia tidak mudah untuk menyerah dan menemui kekuatan dengan menghasilkan lirik lagu ketika berada di dalam penjara.

Seperti mana kita tahu ramai diuji seperti tidak dapat beli makanan, susu anak dan sebagainya. Memandangkan saya pun pernah diuji, jadi saya perlu bangkit. Jadi, semangat dan kekuatan itu daripada Allah. Disebabkan itu saya nak menjadi usahawan dan melakar kerjaya sebagai anak seni dengan berkarya dalam kehidupan. Memang susah, tapi Tuhan yang berikan semangat.

Lagu ini ditulis ketika dalam lokap selama 20 hari. Saya sempat buat lirik dan hasilkan melodi. Ini detik yang peminat tunggu.

Ya Habib

Lagu Ya Habib merupakan ciptaan Adam Armin, Yusuff Khan, Adly Kiddy, Ryan Deedat dan Syed Shah Iqmal. Malah, lirik dan melodi lagu Ya Habib sendiri ditulis oleh Da’i Syed ketika dia berada di dalam tahanan polis sebelum ini.

Sumber: Various Artists 

SKIP THIS AD ×