Nama pendakwah muda iaitu Da’i Syed pernah menjadi bualan hangat netizen selepas dia didakwa melakukan perbuatan mencabul dan merogol beberapa orang gadis. Meskipun begitu, Da’i Syed telah dibebaskan dengan ikat jamin.
Artikel Berkaitan: ‘Jangan Guna Agama Sebagai Topeng …’ – Bapa Da’i Syed Tampil Buka Mulut
Artikel Berkaitan: Da’i Syed Rindu Mak, Tak Mahu Komen Isu Cabul
Artikel Berkaitan: Tetap Syarat Tak Ganggu Mangsa, Dai Syed Bakal Dibebaskan Lepas Bayar Ikat Jamin RM35,000
Artikel Berkaitan: Da’i Syed Berdepan Dakwaan Seks Luar Tabii & Keganasan Seksual Terhadap Penuntut
Namun, setelah sekian lama mendiamkan diri, kini Da’i Syed telah kembali aktif di laman Instagram miliknya.
I’m back
Da’i Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful telah memuatnaik satu foto di Instagram dengan kapsyen ‘Bismillah , Salam’aleikum. Hi . Im back’.
Selain itu, pendakwah muda ini juga sempat berkongsi satu video pendek di Instastory dengan meluahkan rasa berterima kasih kepada semua individu yang banyak memberi sokongan, dorongan dan kata-kata semangat buatnya. Malah, tidak ketinggalan bagi mereka yang tidak putus-putus menitipkan doa buat dirinya itu.
‘Thanks semua’
‘Semoga kembali bersemangat’
Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen mendoakan agar urusan pendakwah muda ini dipermudahkan dan menjadikan perkara lepas sebagai pengajaran dalam hidup.
Sumber: Da’i Syed