berita

‘Sudah Tentu Saya Sedia Untuk Dibicarakan’ – Kes Mahkamah Da’i Syed Ditangguh Ke 19 Mac Ini

February 20th, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Pendakwah selebriti, Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful atau lebih dikenali sebagai Da’i Syed memberitahu bahawa dia bersedia untuk menjalani perbicaraan terhadap pertuduhan yang dipertuduhkan ke atasnya pada Disember tahun lalu.

Artikel berkaitan: Da’i Syed Berdepan Dakwaan Seks Luar Tabii & Keganasan Seksual Terhadap Penuntut

Artikel berkaitan: Tetap Syarat Tak Ganggu Mangsa, Dai Syed Bakal Dibebaskan Lepas Bayar Ikat Jamin RM35,000

Artikel berkaitan: Da’i Syed Rindu Mak, Tak Mahu Komen Isu Cabul

Saya okay

Of course (sudah tentu) saya sedia untuk dibicarakan, insyallah kepada yang mendoakan dan menyokong saya dari awal sampai ke hari ini. Saya okay, alhamdulilah makin gemuk dan makin berisi.

Semalam, Da’i Syed telah hadir ke mahkamah buat kali pertama selepas dia diikat jamin sebanyak RM35,000 di Kompleks Mahkamah Petaling Jaya pada 15 Disember lalu. Menurut Da’i Syed dia bersedia untuk dibicarakan. Tambahnya, dia bersyukur kerana setakat ini masih berada dalam keadaan sihat dan baik.

Ujarnya lagi, Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Majistret telah menetapkan 19 Mac ini bagi sebutan semula kes. Menurut peguam yang mewakili Da’i Syed iaitu Syed Amirul Syed Edros, sebutan semula kes itu berikutan kertas siasatan kes tidak dibawa ke mahkamah semalam.

Mengaku tidak bersalah

Pada 10 Disember tahun lalu, Da’i Syed mengaku tidak bersalah bagi dua pertuduhan di dua mahkamah tersebut. Di Mahkamah Sesyen, Da’i  Syed didakwa atas pertuduhan melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii terhadap seorang wanita yang juga penuntut kolej swasta berusia 22 tahun. Perbuatan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah di Damansara Perdana antara pukul 3 pagi hingga 4 pagi pada 17 Oktober 2020.

Sementara itu, di Mahkamah Majistret pula, pendakwah tersebut didakwa atas pertuduhan menggunakan kekerasan jenayah terhadap mangsa yang sama dengan maksud hendak mencabul kehormatannya di tempat, waktu dan tarikh yang sama.

Sumber: Kosmo

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×