Tindakan pelakon dan penyanyi Daiyan Trisha memuat naik video mempromosikan sebuah jenama dipercayai buatan Israel telah menerima kecaman netizen.
Artikel Berkaitan: ‘I Stand With Palestine!‘ – Daiyan Trisha Tak Kisah Hubungan Dengan Jenama Antarabangsa Terjejas
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Daiyan Trisha Buka Mulut Isu Teknik CGI ‘Sumpahan Jerunei’, Mata Netizen Fokus Lipas Dekat Belakang
‘Dulu cakap I stand with Palestin’
Menerusi hantaran di Instagram, Daiyan dilihat sedang membuka sebuah kotak atau ‘unboxing’ jenama produk tersebut.
Di dalam kotak itu terdapat beberapa barang seperti produk kecantikan, beg tangan, minyak wangi dan beberapa barangan lain lagi.
Tindakan aktres tersebut telah mengundang rasa kurang senang netizen apabila dia dikatakan tidak sensitif terhadap barangan buatan Zionis memandangkan negara Pelestin masih dilanda musibah.
Dalam pada itu, ada segelintir netizen yang menyifatkan aktres berusia 30 tahun itu ‘lupa ingatan’ apabila sebelum ini dia mengeluarkan kenyataan akan memboikot barangan Israel.
Terdahulu, Daiyan menyatakan sokongan terhadap Palestin dan akan terus bersuara mengenai isu itu demi membantu umat Islam di Gaza yang sedang bertarung nyawa.
Menurutnya, dia juga tidak kisah sekiranya perkongsian mengenai Palestin akan menjejaskan hubungan kerja dengan beberapa jenama antarabangsa, namun percaya segala rezeki hanya datang daripada Allah.
Sumber: Instagram