Pelakon dan penyanyi Daiyan Trisha menyatakan dia tidak berasa tertekan walaupun adik perempuannya telah ‘langkah bendul’ apabila berkahwin pada 2 September lalu.
Tidak tergesa nak kahwin
Daiyan atau nama sebenarnya Daiyan Trisha Mohd Nasaruddin memberitahu dia tidak terburu-buru untuk menamatkan zaman bujang.
Walaupun usianya sudah memasuki 28 tahun, itu tidak menjadi kegusaran dalam kehidupannya memandangkan dia mempunyai kerjaya yang diminati.
Saya tidak tergesa-gesa dalam perkahwinan. Saya okey dan sihat alhamdulillah. Saya mempunyai semua yang saya perlukan. Saya suka kerjaya saya dan boleh melakukan apa yang saya nak. Bila dah sampai jodoh, Allah akan kirimkan yang terbaik. Saya percaya akan perkara itu.
Peminat tak bagi kahwin lagi
Respon dengan ciapan itu, rata-rata peminat bersependapat untuk tidak mengizinkan pelantun lagu Penat berumah tangga dalam masa terdekat ini.
Malah, ada segelintir yang berseloroh meminta pelakon drama Projek: Anchor SPM bersabar terlebih dahulu memandangkan ada dalam kalangan golongan Adam sedang mengumpul duit untuk masuk meminang.
Pada bulan Ogos lalu, Daiyan mendedahkan dia baru sahaja putus cinta dengan seseorang sekitar sebulan yang lalu.
Sumber: Twitter @daiyantrisha, Instagram @daiyantrisha