Penyanyi dan pelakon, Daiyan Trisha mendedahkan terdapat golongan yang tidak pernah menyokong tetapi sentiasa memberi perhatian kepada kehidupannya.
Artikel berkaitan: Daiyan Trisha Nekad Batal Kontrak Selepas Nama Tersenarai, Netizen Puji – ‘Sangat Berani, Artis Pertama Sanggup Terminate’
Artikel berkaitan: ‘Setiap Orang Ada Cara Masing-Masing’ – Daiyan Trisha Akur Dikecam, Kongsi Bukti Derma RM100,000
Tak pernah tunjuk sokongan
Menerusi perkongsian di Instagram Stories (IGS), Daiyan memuat naik petikan untuk berhati-hati dengan mereka yang sentiasa memerhati tapi tidak pernah memuji dan menyokong.
Korang tak tahu berapa ramai yang sentiasa mengintai dekat stories (IGS) saya tapi tak pernah tunjuk sokongan secara terbuka.
Banyak perkara buruk yang saya lalui membuatkan saya sangat sensitif dengan energi ini dan ia juga mungkin sebab mengapa saya perasan semua benda.
Dalam pada itu, Daiyan menegaskan kepada golongan berkenaan untuk berhenti meniru identitinya.
Kalau awak terasa, ya awaklah orangnya. Tolong berhenti ‘stalking’ saya dan meniru semua benda yang saya buat.
Tambahnya, perkara tersebut membuatkan Daiyan mengambil keputusan untuk memilih kawan.
Dan kepada kawan-kawan dan mereka yang jadi kawan yang baik, kawan industri, yang sentiasa beri sokongan, saya sayangkan korang dan saya hargai semuanya.
Inilah sebab kenapa saya memilih orang disekeliling saya.
Sumber: Instagram