Gambar sekadar hiasan
Polis menahan seorang lelaki yang didakwa membunuh dan menanam mayat rakan sekerjanya di halaman rumah.
Artikel Berkaitan: Sembunyi Mayat Rakan Sebilik Dalam Almari Baju Selama 2 Bulan Sampai Mereput
Artikel Berkaitan: Gara-Gara Roti, Banduan Dituduh Bunuh Rakan Sel
Rancang pembunuhan
Gambar sekadar hiasan
Kejadian yang dilaporkan berlaku di Delhi, India menyaksikan polis menemui mayat tersebut yang dilaporkan hilang pada 29 Ogos lalu.
Mayat berkenaan ditemukan pada 2 September dan identitinya dikenal pasti sebagai Mahesh Kumar.
Menerusi soal siasat, suspek iaitu Anees mengaku telah membunuh Mahesh kerana lelaki tersebut didakwa pernah mengganggu teman wanitanya secara seksual selain suspek mahu mengelak daripada melangsaikan hutang sebanyak RM50,807 (Rs 9 lakh) kepada mangsa.
Suspek didakwa merancang pembunuhan tersebut lebih awal dengan mengambil cuti lima hari sebelum kejadian.
Dia kemudian meminta lelaki berusia 42 tahun itu untuk bertemu dengan alasan untuk menjelaskan hutang namun suspek sebaliknya bertindak memukul kepala mangsa menggunakan sepana berkali-kali.
Selepas insiden berkenaan suspek melarikan diri ke kampung menggunakan motosikal.
Keesokan harinya Anees kembali dan mengebumikan mayat mangsa di dalam sebuah kubur yang cetek di halaman rumah sebelum meminta seorang buruh untuk menurap kawasan itu dengan simen.
Sementara itu, suspek berusia 24 tahun tersebut sempat menggunakan telefon bimbit mangsa untuk memuat naik status di aplikasi Whatsapp yang mengatakan bahawa dia akan ‘pergi’ kerana tidak dapat membayar wang pinjaman.
Susulan itu, polis menjalankan siasatan selepas mendapati panggilan terakhir Mahesh adalah Anees.
Keluarga mangsa memberitahu kami tentang status WhatsApp. Kami mendapati bahawa Mahesh berada di rumah Anees.
Apabila kami melakukan serbuan di rumahnya, kami menjumpai kunci kereta Mahesh, manakala kereta itu diletakkan di tempat lain.
Anees kemudian disoal siasat dan dia mengaku melakukan jenayah itu.
Sumber: India Today, Indian Express