berita

Sembunyi Mayat Rakan Sebilik Dalam Almari Baju Selama 2 Bulan Sampai Mereput

August 1st, 2023 | by Shahira
Kini Trending

George Anthony Bone

Seorang lelaki di Las Vegas ditahan polis selepas disyaki membunuh rakan sebiliknya dan menyembunyikan mayat mangsa di dalam almari pakaian selama dua bulan.

Artikel Berkaitan: Skandal Isteri Bunuh Suami, Mayat Dikerat 6 & Ditanam Bersepah

Artikel Berkaitan: Gadis Disumbat Hidup-Hidup Dalam Guni & Dicampak Dalam Sawah, Bapa Didakwa Sebagai Pembunuh

Simpan mayat dalam almari pakaian

George Anthony Bone

Memetik laporan Daily Mail, mangsa iaitu Beverly Ma tinggal bersama suspek yang dikenali sebagai George Anthony Bone sejak musim panas yang lalu. Namun siapa sangka, suspek dipercayai bertindak agresif dengan mencekik mangsa sehingga mati.

Menerusi siasatan awal, pihak berkuasa mendakwa ada menerima panggilan kecemasan daripada mangsa pada 4 Mei lalu. Menerusi panggilan tersebut, mereka terdengar suara lelaki dan perempuan menjerit antara satu sama lain.

Apabila tiba di rumah mangsa pada keesokan harinya, mereka tidak menemui sebarang petunjuk malah tidak ada seorang pun yang membuka pintu.

Mayat mereput diikat dengan tali pinggang

George Anthony Bone

Kematian mangsa terbongkar apabila ahli keluarga membuat laporan polis selepas 84 kali gagal menghubungi mangsa. Siasatan akhirnya membawa kepada penemuan mayat mangsa di bilik sewanya. Rupa-rupanya, mangsa yang telah meninggal dunia sejak dua bulan lalu dan disembunyikan di dalam almari pakaian oleh suspek.

Ketika ditemui, mayat mangsa sudah mula mereput dengan tali pinggang di lehernya. Semasa soal siasat, suspek mendakwa mangsa telah bunuh diri dan tujuannya menyembunyikan mayat mangsa di dalam almari kerana bimbang mangsa akan ‘hidup semula’.

Tidak cukup dengan itu, mangsa memberitahu dia mengekalkan penghawa dingin pada suhu 60 darjah kerana bilangan lalat yang mengerumuni bilik tersebut. Suspek akan dihadapkan ke mahkamah pada hari ini iaitu 1 Ogos 2023.

Sumber: Daily Mail

SKIP THIS AD ×