berita

Dakwa Influenza Hanya Demam Virus Biasa, Wanita Luah Tidak Puas Hati Layanan Pegawai Perubatan

January 13th, 2020 | by Arini Saleh
Kini Trending

Wabak influenza A yang semakin merebak dalam kalangan murid semakin membimbangkan apabila beberapa buah sekolah ditutup. Dalam perkembangan terbaru, seramai 89 orang murid di sekitar Johor disahkan dijangkiti influenza. Sehubungan dengan itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memberi kesedaran kepada orang awam agar memantau kesihatan dan simptom-simptom bawaan influenza ini.

Namun, apa yang mengecewakan apabila seorang pegawai perubatan didakwa acuh tidak acuh melayan pesakit. Di Facebook, Azua Hussin kongsi pengalaman menerima rawatan di unit kecemasan dan trauma sebuah hospital kerajaan.

Layanan kurang memuaskan

Langkah-langkah pencegahan influenza dari KKM

VIRUS INFLUENZA A TAK BAHAYA LA…..

Dear En. S***, Hospital ********
(maaf, saya tak rasa nak guna doktor sebab saya rasa awak bukan doktor)

Saya tak kisah layanan yang kurang memuaskan oleh kamu. Mungkin kamu penat bertugas di Unit Kecemasan jam 2 pagi. Tapi beware dengan maklumat yang kamu berikan kepada patient. KKM sebar poster sana sini berkenaan bahaya Virus Influenza A kepada orang awam dan semestinya Encik maklum yang semua orang Malaysia sedang berhati-hati dengan virus ini terutama anak kecil dan warga emas. But maklumat yang Encik bagi agak bercanggah dengan saranan dari KKM.

Saya telah disahkan positive Influenza A oleh klinik swasta selepas 3 hari demam dan diminta untuk terus ke hospital bagi mendapatkan rawatan. Saya ke hospital pada jam 11.30 malam. Saya pergi lewat sebab plannya nak refer di private hospital untuk mudahkan husband yang masih belum sihat untuk uruskan if saya warded. Tapi takda rezeki sebab majority katil penuh untuk kes Influenza ni. Finally saya rujuk ke Hospital ********.

‘Kenapa puan datang sini?’

(Sekitar gambar hiasan)

Selepas tunggu selama 2 jam lebih, tiba nombor giliran saya untuk berjumpa doktor. Soalan pertama En. S*** is :

“Kenapa puan datang sini ye?” (masa tu dia dah baca surat refer dari klinik swasta together with nose swab yang terang-terang tulis patient is Positive Influenza A).

Tapi saya jawab juga “Saya rasa badan tak sedap dan rasa nak pitam”

“Ok, puan ada rasa susah nak bernafas ke?”

Saya jawab “Takde. Cuma selsema, batuk, sakit tekak dan pening kepala”

“Jadi? Apa yang puan risau? Simptom biasalah tu selesema batuk etc”

Saya diam dan terkejut bila respond Encik S*** mcmtu. Then dia sambung jawab sebab tengok saya macam tak boleh terima respond dia.

“Biasalah tu. Influenza A ni takda apa pun, demam virus biasa je puan. Nanti baiklah.”

“Saya ada anak kecil, mestilah saya risau kalau berjangkit.”

“Ye.. Tapi nanti baiklah.”

“Kalau demam biasa, saya pun tak kisah. Tapi doktor dari klinik yang refer saya ke sini. Sebab tu saya datang.”

“Ok ok. Tu biasalah. Takpa-takpa, puan pergi ambil darah dulu.” (jawapan dia masih tak nak kalah ok)

Lepas result darah keluar, saya serah pada En. S*** semula. Dan dia dapat je terus dia macam senyum sinis dan cakap “Haa.. Kan saya cakap ok je darah ni, takda apa pun… Hahaha” siap gelak-gelakkan patient ye.

Tiada langsung nasihat pencegahan

(Sekadar gambar hiasan)

Sepanjang consultation, langsung TIADA advice untuk cegah dari berjangkit macam mana. Advice guna mask ke. Basuh tangan selalu ke. Jaga kebersihan ke. Concern dia masa tu lebih nak tegaskan Virus Influenza A is NOT DANGEROUS. Its normal fever dan tak perlu risau ye tuan puan. Allahu akbar. Masa tu Allah saja yang tahu perasaan saya menahan marah bila seorang Pegawai Perubatan berikan respond sedemikian. Sangat kecewa bila satu Malaysia disarankan untuk aware dengan simptom yang KKM maklumkan dan buat langkah-langkah pencegahan bila perlu, but end up En. S*** bagi respond yang sangat bercanggah kepada patient.

Ya.. Encik mungkin sudah sangat-sangat arif dengan virus ini and know how to deal with it sebab itu memang bidang Encik. Tapi berbeza dengan kami orang awam yang bukan bidang kami untuk tahu bahaya atau tidak virus tu. Jadi kami hanya yakin dengan apa jua saranan daripada KKM tentang satu-satu virus tu. Jika KKM kata bahaya maka kami akan ada rasa risau dan takut. Serius! Keluar je dari bilik En. S*** saya terus tanggalkan mask sebab saya memang rimas tutup mulut dan saya anggap ia tak perlu pun since En. S*** pun dah mention Influenza A ni demam biasa je kan. Kiranya poster KKM tentang bahaya Virus Influenza A boleh bawa maut tu tak betul lah ye. Ramai kena tipu rupanya… Kah3

En. S***
Bilik No. 2
Unit Kecemasan | Hosp. S*******
2.00am | 11 January 2020

Jawablah dengan adab. Ilmu tanpa adab tidak berguna. Ramai yang berilmu, tapi tidak ramai yang beradab. Orang berilmu dan beradab takkan guna bahasa sampah tuan.. Mujur saya ada doktor yang lebih pengalaman kat rumah. Tq Mak tolong uruskan rumah, macam-macam nasihat Doktor Mak bagi : Jangan sentuh anak-anak sangat, makan ubat, rehatkan badan dan jaga makan. Now saya pakai mask sebab Doktor Mak yang suruh.

Jarang nak mengomel, tapi kali ni terajin pulak nak mengomel sebab rasa mcm menarik je info baru dari En. S*** ni….

#kkm
#disappointed

Sumber : Azua Hussin

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×