Baru-baru ini, kecoh di media sosial selepas seorang lelaki mempertikaikan lirik lagu ‘Sesuci Lebaran’ nyanyian penyanyi nombor satu negara iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza.
Individu terbabit mendakwa bait lirik ‘bantulah miskin hina’ seolah merendahkan dan menghina golongan fakir.
Bukan maksud menghina
@fedtriyahya Miskin hina hanyalah kiasan saja. Kena banyak membaca ? #sesucilebaran ? Sesuci Lebaran – Siti Nurhaliza
Isu itu telah menarik perhatian pengacara dan penyampai Buletin FM, Fedtri Yahya untuk tampil memberi pencerahan.
Menurut Fedtri, 41, dakwaan yang mengatakan lirik ‘miskin hina’ itu menghina orang miskin sama sekali salah.
Bukan bermaksud kita hina orang miskin tetapi dia hanya perkataan yang menunjukkan bahawa miskin itu tarafnya lebih rendah daripada kaya.
Bukan maksud kita hina, insult tapi menunjukkan merendah diri dan status sosialnya. Dalam doa pun kita digalakkan menghina diri kepada Allah, merendahkan diri untuk sesuatu yang baik.
Kita letakkan diri kita di taraf yang bawah. Di atas Allah yang berkuasa.
Kena banyak membaca
Dalam pada itu, pemilik nama Ahmad Fedtri Yahya turut menitipkan pesanan agar memperbanyakkan membaca kerana bahasa melayu ini mempunyai banyak maksud dan kiasan.
Kena banyakkan membaca, bahasa melayu ni banyak maksud, banyak kiasan dan banyak falsafah di sebalik perkataan itu.
Sumber: TikTok @fedtriyahya