berita

Dakwa Nak Pergi Temuduga Kerja, Remaja Rentas Daerah Guna Tren Dikompaun RM5k

May 12th, 2021 | by Shahira
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan (Astro Awani)

Seorang remaja perempuan telah dikenakan kompaun berjumlah RM5,000 kerana didapati merentas daerah tanpa kebenaran dengan menggunakan perkhidmatan tren di Terminal Pengangkutan Penang Sentral.

Kena kompaun RM5,000

Memetik laporan Harian Metro, remaja perempuan yang berusia 19 tahun itu dikenakan kompaun RM5,000 selepas gagal mengemukakan surat kebenaran merentas daerah atau apa-apa dokumen berkaitan ketika pihak polis mengadakan operasi pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di kawasan berkenaan.

Ketika pemeriksaan polis menemui sepasang kekasih yang datang dari Bukit Mertajam di daerah Seberang Perai Tengah ke Penang Sentral yang terletak dalam daerah Seberang Perai Utara.

Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor, walaupun begitu, teman lelakinya yang datang dari Kedah itu mempunyai surat kebenaran rentas negeri.

Apabila siasatan, teman lelakinya yang juga berusia 19 tahun datang dari Kedah sebelum mengambil teman wanitanya di Bukit Mertajam untuk sama-sama pergi temu duga kerja di sebuah syarikat di negeri ini.

Remaja lelaki itu mempunyai dokumen rentas negeri termasuk surat panggilan temu duga kerja, namun teman wanitanya tidak mempunyai apa-apa dokumen maka polis mengeluarkan kompaun atas kesalahan merentas daerah.

Jelasnya lagi, kebanyakan individu yang meminta kebenaran merentas negeri terdiri daripada pasangan jarak jauh (PJJ) dan selebihnya adalah pelajar universiti yang baru menamatkan pengajian dan urusan bekerja.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×