berita

Dakwa Peluang Melanjutkan Pelajaran & Terima Biasiswa Disekat- KHM Nafi Dakwaan Kirandeep

September 12th, 2022 | by Azyan
Kini Trending

Kredit Foto: The Star

Pihak Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) amat terkilan serta berasa amat dukacita dengan kenyataan atlet hoki Malaysia Kirandeep Kaur di Media Sosial Twitter bertarikh 08 September 2022 berkenaan peluang untuk melanjutkan pengajian di university serta biasiswa.

Kirandeep yang telah pun mendapat penempatan di Matrikulasi di Gambang pada bulan Mei 2021 dimana proses pengajian tersebut diuruskan bersama dengan pihak KHM, Majlis Sukan Negara (MSN), Jurulatih Kebangsaan En Nasihin Nubli dan Pengurus Pasukan Cik Siti Amarina Ruhani selepas beliau tamat SPM pada tahun 2021.

Beliau telah diberi kelonggaran serta sokongan dari segi latihan yang dijalankan secara atas talian

Dalam tempoh pengajian matrikulasi beliau di Gambang dari Mei 2021 sehingga Mei 2022 beliau telah diberi kelonggaran serta sokongan dari segi latihan yang dijalankan secara atas talian serta di pusat matrikulasi Gambang.

Ini merangkumi :

  1. Kirandeep telah membuat keputusan untuk tidak mewakili pasukan kebangsaan untuk kejohanan juara-juara asia di Korea (Disember 2021) dan Piala Asia (Januari 2022) atas sebab ingin memberi tumpuan kepada pengajian matrikulasi yang beliau telah memaklumkan kepada jurulatih kebangsaan,
  2. Kirandeep telah menyertai skuad kebangsaan seminggu sebelum berlepas ke Piala Dunia Hoki Wanita Remaja pada bulan April 2022.

Menurut KHM, setelah tamat pengajian Matrikulasi, Kirandep telah memohon kepada Universiti Awam melalui proses UPU dan salinan permohonan beliau telah dimajukan kepada ahli Lembaga KHM pada 12 Mac 2022 dan 28 April 2022.

“Ahli Lembaga tersebut telah memberi maklumbalas bahawa segala bantuan yang dapat dibuat akan dijalankan sepertimana yang dibuat untuk semua atlet kebangsaan.”

“KHM telah membincangkan perkara tersebut dengan pegawai di Kementerian Pengajian Tinggi yang telah memberi maklumbalas yang amat baik untuk memberi perhatian kepada perkara tersebut.”-menurut kenyataan pihak Konfederasi Hoki Malaysia

Perkara tersebut telah dimaklumkan kepada ayah Kirandeep pada 29 April 2022 dan Ayah beliau telahpun mengucapkan terima kasih atas segala usaha yang sedang dibuat oleh KHM.

Kenyataan Kirandeep menimbulkan rasa terkilan & dukacita pihak KHM kerana keputusan kemasukan ke Universiti Awam masih belum diumumkan

Kredit Foto: PKS Hoki Universiti Tenaga Nasional

Justeru, KHM terkilan dengan kenyataan dibuat Kirandeep dalam akaun Twitter pada Khamis lalu dan mengambil kenyataan itu sebagai satu perkara yang serius memandangkan pelbagai usaha serta bantuan sudah pun dilakukan.

Sistem yang amat terperinci serta menyeluruh untuk memastikan kesemua atlet diberi peluang untuk menyerlah dalam sukan dan akademik telah pun disediakan oleh Pihak MSN, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBS) serta Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) Malaysia dan untuk itu, pihak KHM juga amat berterima kasih kepada MSN, KBS dan KPT atas segala sokongan yang telah diberi.

Selain itu, pihak KHM juga ingin menyatakan bahawa proses melanjutkan pelajaran merupakan sesuatu yang mesti memberi penghormatan kepada pra-syarat Akademik untuk setiap bidang pengajian serta pencapaian pelajar tersebut dalam bidang ko-kurikulum.

Perkara tersebut akan menjadi faktor untuk pemetaan bidang pengajian yang dapat ditawarkan kepada setiap pemohon malahan pihak KHM juga amat meng menghormati proses ini serta memberi pengiktirafan bahawa setiap pemohon mempunyai keistimewaan tersendiri dan telah berkorban dan menyumbang kepada tanahair.

Setiap pemain telah diberi peringatan bahawa dalam usaha untuk berkongsi pendapat, segala keutamaan perlu diberi kepada penghayatan kepada pentingnya untuk berkongsi perkara sebenar dan juga untuk berkongsi kebaikan yang telah pelbagai organisasi berikan untuk sesorang menyerlah dalam sukan dan akademik.

 

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×