berita

Dakwa Pihak Berkuasa Lepas Gas Pemedih Mata Sebagai ‘Pembunuh’, Lelaki Hilang 3 Anak Saudara Dalam Rempuhan Stadium Di Indonesia

October 3rd, 2022 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Umum mengetahui, lebih daripada 120 individu dilaporkan maut selepas kekecohan dan keganasan susulan perlawanan liga bola sepak di Indonesia, pada hari Sabtu yang lalu.

Berikutan daripada tragedi tersebut, seorang lelaki memberitahu bahawa dia kehilangan tiga anak saudara sekali gus dalam rempuhan di Stadium Kanjuruhan, Malang itu.

Gas pemedih mata

Menerusi laporan Berita Harian, lelaki berkenaan menyifatkan tindakan pihak berkuasa yang melepaskan gas pemedih mata kepada penonton pada waktu itu saling tidak tumpah seperti tindakan seorang pembunuh.

Siapapun yang menembak gas pemedih mata semalam, kalian adalah pembunuh.

Menurut pihak polis pula, mereka terpaksa melepaskan gas pemedih mata, sekali gus menyebabkan lebih ramai penonton merempuh masuk ke dalam padang sehingga ada yang mati dipijak, terhimpit dan sesak nafas. Di samping itu, Persatuan Bola Sepak Seluruh Indonesia (PSSI) mengesahkan mangsa yang terkorban dalam kejadian rusuhan bukan berpunca daripada pergaduhan antara penyokong.

Tiada rusuhan yang berlaku?

Menurut mangsa yang terselamat pula, penonton bertambah panik apabila orang ramai mula berasak sewaktu gas pemedih mata ‘menghujani’ mereka.

Anggota polis melepaskan gas pemedih mata dan orang ramai secara langsung bergegas keluar, menolak satu sama lain sedangkan tiada apa-apa yang berlaku, tiada rusuhan. Saya tidak tahu apa isunya, tiba-tiba mereka menembak gas pemedih mata. Itu mengejutkan saya, apakah mereka langsung tak memikirkan mengenai kanak-kanak, wanita.

Sumber: Berita Harian

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×