Baru-baru viral di media sosial mengenai status halal sebuah produk daripada Thailand iaitu sambal ikan nasi kerabu yang kononnya diperbuat daripada daging ular sawa.
Berikutan itu, Bahagian Hab Halal, JAKIM telah memuatnaik satu status di facebook menjawab perkara tersebut. Orang ramai dinasihatkan supaya mengelakkan diri daripada produk ini sementara masih dalam proses siasatan.
Logo halal tamat tempoh
VIRAL SAMBAL IKAN NASI KERABU DARI DAGING ULAR SAWA
24 SEPTEMBER 2016 M
22 ZULHIJJAH 1437 HViral berkenaan dakwaan sambal ikan nasi kerabu segera yang dijual dalam paket dibuat dari daging ular sawa mula bertiup kencang di alam maya.
Lebih memeranjatkan apabila di label produk berkenaan tertera logo halal luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM iaitu The Central Islamic Committee of Thailand (CICOT)
Untuk makluman, berdasarkan maklum balas yang diterima oleh kami dari CICOT, produk berkenaan pernah mendapat pensijilan halal dari mereka sejak tahun 2012.
Dinasihatkan supaya elakkan diri
Walau bagaimanapun, kini produk berkenaan bukan lagi pemegang Sijil Halal CICOT. Dan isu ini masih di bawah tindakan mahkamah Negara Thailand atas isu penggunaan logo halal yang telah tamat tempoh.
Justeru, pengguna dinasihatkan agar mengelakkan diri dari menggunakan produk ini sehingga siasatan kes selesai.
Sebarang kemusykilan mengenai viral dan status halal boleh disemak di laman web www.halal.gov.my atau aplikasi telefon pintar myjakim
Unit Hal Ehwal Korporat
Bahagian Hab Halal
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia[email protected]
03-8892 5000/1#YAKINIHALALMALAYSIA
#AMALKAN 3 S
#SEMAK_SEBELUM_SEBAR
Tak logik
Senang ke nak dapat ular sawa?
Kalau ragu tinggalkan, guna produk tempatan
Berhati-hati memilih makanan
Walaubagaimanapun, kes ini masih dalam siasatan mahkamah negara Thailand atas isu penggunaan logo halal yang tamat tempoh dan bukan kerana menggunakan daging ular sawa. Namun, masyarakat dinasihatkan agar mengelakkan diri daripada menggunakan produk ini buat sementara waktu sehingga kes selesai.
sumber: Bahagian Hab Halal, JAKIM