berita

Dakwa SBP & MRSM Terima Soalan Bocor SPM, Ini Jawapan Win Alumni SBP!

November 11th, 2019 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Baru-baru ini kecoh di media sosial apabila terdapat beberapa pengguna Twitter yang meluahkan rasa tidak adil mengenai soalan ‘spot’ kepada pelajar Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) terutama sewaktu peperiksaan besar seperti PT3 dan SPM.

Segelintir netizen mendakwa soalan ‘spot’ itu dikatakan serupa dengan solan peperiksaan sebenar. Selain itu, ada juga yang mendakwa, pemberian soalan bocor tersebut adalah untuk menjaga nama baik sekolah.

Belajar rujuk soalan tahunan yang lepas

Walau bagaimanapun, pengguna Twitter Mad Nor menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tersebut. Berdasarkan pengalamannya sebagai seorang alumni SBP, dia tidak pernah mendapat soalan bocor dari para guru. Malah dia sentiasa mengulangkaji pelajaran dengan merujuk kepada soalan tahun sebelumnya dan juga soalan semasa percubaan. Teknik pembelajaran ini sedikit sebanyak membantu dirinya dalam peperiksaan.

Jika tak usaha macam mana nak berjaya

Di samping itu, dia turut menjelaskan bahawa tiada jurang pemilihan untuk sesebuah sekolah itu untuk berjaya dalam peperiksaan. Ianya hanya bergantung kepada usaha pelajar itu sendiri. Hal ini berikutan jika seseorang pelajar itu tidak berusaha untuk berjaya, maka sukar untuk dia berjaya.

Soalan ramalan berdasarkan analisis

Selain itu, soalan ramalan yang diberikan kepada para pelajar bukan soalan bocor. Ianya atas inisiatif cikgu tersebut yang membuat analisis tahunan berdasarkan soalan-soalan peperiksaan yang lepas.

Nak result gempak, pergi study

Sumber: Mad Nor

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×