Pelakon Nad Zainal menunjukkan perkembangan positif sejak Khamis lalu namun masih diletakkan di bawah pemantauan doktor di Unit Rawatan Rapi (ICU).
Artikel Berkaitan: ‘Nad Zainal Tunjuk Perkembangan Positif, Tahap Oksigen Meningkat’ – Elvina Mohamad
Artikel Berkaitan: ‘Kuat Demi Yem & Som’ – Bekas Suami Nad Zainal
Masih ditidurkan
Penerbit dan pengarah popular, Shahrulezad Mohameddin berkongsi keadaan terkini Nad di Instagram (IG). Menurut Shahrulezad, kesihatan Nad bertambah baik tetapi masih terpaksa ditidurkan bagi membolehkannya paru-parunya kembali kuat.
Alhamdulillah, keadaan Nad hari ini lebih baik daripada semalam. Tapi, doktor masih mahu Nad ditidurkan lagi selagi paru-parunya belum betul-betul kuat.
Kadar kebergantungan Nad pada mesin oksigen pun semakin berkurangan. Bila keadaan sesuai barulah doktor akan disedarkan. Saya rasa tak lama lagi rasanya. Insya-Allah.
Vital organ tidak terjejas
Dalam pada itu, Shahrulezad menafikan spekulasi yang mendakwa paru-paru pemilik nama Farah Nadia Zainal Abidin berdarah disebabkan pengambilan ubat kurus.
Apa yang membuatkan lega apabila organ utama Nad juga dalam keadaan baik terutamanya buah pinggang. Jadi, khabar angin yang mengatakan buah pinggang Nad bermasalah gara-gara ubat kurus adalah tidak benar.
Masalah Nad sekarang adalah paru-paru masih dalam proses penyembuhan. Apa yang Nad perlukan ialah kekuatan dalaman untuknya terus berjuang kembali sihat, Selain dari itu Nad juga perlukan doa dari korang semua.
Terdahulu, Nad dimasukkan ke ICU sejak Isnin lalu selepas mengadu tidak sihat ketika menjalani penggambaran drama terbarunya.
Nad kemudian disahkan mengalami komplikasi paru-paru berdarah dan berada dalam keadaan kritikal sehinggakan terpaksa melakukan prosedur intubasi disebabkan berdepan masalah pernafasan.
Sumber: Instagram @budakijat