Kemelut rumah tangga pelakon Hafidz Roshdi dan isteri Nurul Shuhada Mat Shukri masih belum dapat diselesaikan apabila timbul pula dakwaan keguguran kandungan yang berlaku baru-baru ini.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Hafidz Roshdi Dakwa Shuhada Bagitahu Nak Gugur Kandungan – ‘Dia Ada Whatsapp Saya’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Nurul Shuhada Dah Ada Nama Untuk Anak Yang Gugur -‘Uwais, Tunggu Ibu Di Syurga’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Prosiding Lafaz Cerai Hafidz Roshdi Ditangguh Ke 20 Jun Ini
Belum disiasat
Menurut Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim menjelaskan bahawa pihaknya pada 17 April dan 6 Mei lalu ada menerima dua laporan berhubung perkara berkenaan daripada Hafidz.
Bagaimanapun, beliau berkata siasatan masih belum dilakukan berikutan kes tersebut masih lagi berjalan di mahkamah.
Tiada sebarang siasatan dibuat ke atas dua laporan polis berkenaan dan ia sudah di rujuk kepada Mahkamah Syariah kerana kes berkaitan dengan isu ini masih berjalan.
Sekiranya benar seperti dakwaan pengadu, satu laporan polis harus dibuat bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan bersama maklumat berkaitan laporan itu yang akan dimajukan kepada kawasan di mana keguguran itu dilakukan.
Bagaimanapun, sebarang perkembangan akan dimaklum semula.
Terdahulu, Shuhada mengesahkan dia telah mengalami keguguran anak ketiga mereka yang berusia 14 minggu.
Setelah selesai prosiding sebutan kes cerai kelmarin, Hafidz mendedahkan isterinya sebelum ini ada memaklumkan kepadanya mengenai keinginan untuk menggugurkan kandungan.
Menurutnya Shuhada menyatakan perkara tersebut menerusi aplikasi WhatsApp dan kemudian Hafidz bertindak melaporkan kes itu kepada pihak polis.
Dalam pada itu, prosiding lafaz cerai yang sepatutnya dilakukan pada Selasa di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam ditangguhkan pada 20 Jun ini selepas peguam mewakili Hafidz mendapati berlaku lafaz cerai di luar mahkamah sebanyak dua kali.
Untuk rekod, Hafidz dan Nurul Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 dan dikurniakan dua orang anak iaitu Humairah, 6, dan Umar, 2.
Sumber: Harian Metro