Isteri kepada pelakon, Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada menafikan dakwaan yang mengatakan dia sengaja mengugurkan kandungan anak ketiganya baru-baru ini.
Artikel Berkaitan: ‘Carikan Pendakwah Yang Utamakan Allah Untuk Saya’ – Isteri Hafidz Roshdi
Artikel Berkaitan: Isteri Hafidz Roshdi Hamil 10 Minggu, Pengsan Di Hospital Sebab Badan Lemah
Artikel Berkaitan: Hafidz Roshdi Sudah Jalani Rawatan Psikiatri Di Hospital Bahagia
Sengaja gugurkan
@ohbulanofficial Replying to @MdmZa71 Kenyataan daripada Shuhada.. #ohbulan #fyp #news #nurulshuhada ? original sound – OHBULAN!
Menurut Shuhada, mustahil untuk dia berbuat demikian kerana anak tersebut merupakan zuriatnya sendiri.
Semua sudah sedia maklum, saya mengalami keguguran baru-baru ini. Walaupun ada yang mendakwa saya sengaja gugurkan kandungan namun itu tidak benar.
Mustahil untuk saya gugurkan kandungan saya sendiri. Anak itu dalam rahim saya dan kes tersebut dalam siasatan polis. Saya juga masih belum bagi laporan polis.
Shuhada berkata demikian sejurus selesai menjalani prosiding lafaz cerai di Mahkamah Syariah Tinggi, Shah Alam pada Selasa.
Dah ada nama
Dalam masa sama, ibu kepada dua cahaya mata itu mendedahkan dia sudahpun mempunyai nama untuk bakal anaknya itu.
Doakan saya yang baik-baik. Saya dah ada nama pun untuk dia, Uwasi. Saya yakin anak saya tunggu saya di syurga.
Sementara itu, Shuhada enggan mengulas mengenai kenyatan Hafidz yang mendakwa dia ada memaklumkan kepada suaminya untuk menggugurkan kandungan tersebut.
Terdahulu, Hafidz mendakwa Shuhada memaklumkan kepadanya menerusi mesej pesanan ringkas untuk menggugurkan kandungan berkenaan.
Sementara itu, prosiding lafaz cerai yang sepatutnya berlangsung hari ini terpaksa ditangguhkan pada 20 Jun depan selepas peguam mewakili Hafidz mendapati berlaku lafaz cerai di luar mahkamah sebabyak dua kali.
27 Februari lalu, Nurul Shuhada dilaporkan memfailkan perceraian di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam.
Bagaimanapun, lafaz cerai yang sepatutnya berlaku pada 21 Mac lalu gagal dilaksanakan selepas mahkamah mendapati ada isu baharu berhubung isu lafaz cerai pasangan tersebut.
Terdahulu, Hafidz atau nama sebenarnya, Muhammad Hafidz Roshdi mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mencederakan isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri di susur keluar Plaza Tol Sungai Buaya, jam 3.30 pagi pada 2 Mac lalu.
Berdasarkan pertuduhan, pelakon itu didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap Nurul Shuhada, 29, dengan menumbuk menggunakan tangan sebanyak tiga kali sehingga isterinya mengalami luka, lebam dan bengkak di pipi kiri.
Imbas kembali, Hafidz dan Nurul Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 serta dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 6, dan Umar, 2.
Dalam perkembangan sama, Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu memerintahkan untuk Hafidz dihantar ke Hospital Bahagia bagi menjalani rawatan psikitiari.