Konflik rumah tangga melibatkan pelakon, Hafidz Roshdi dan isteri, Nurul Syuhada Mat Syukri dilihat masih lagi belum mencapai kata putus.
Terbaru, lafaz cerai luar mahkamah pasangan itu perlu ditangguh dan perlu ditukar ke satu tarikh yang baru.
Artikel Berkaitan: ‘Saya Ngantuk Sikit’ – Hafidz Roshdi Tiba Di Mahkamah Bagi Prosiding Pengesahan Lafaz Cerai
Artikel Berkaitan: ‘Carikan Pendakwah Yang Utamakan Allah Untuk Saya’ – Isteri Hafidz Roshdi
Artikel Berkaitan: Isteri Hafidz Roshdi Hamil 10 Minggu, Pengsan Di Hospital Sebab Badan Lemah
Tangguh ke 20 Jun
Menurut peguam kepada Hafidz, Datuk Akberdin Abdul Kader bahawa tarikh baru yang diputuskan Mahkamah Syariah Shah Alam itu dibuat selepas Shuhada membuat tuntutan balas terhadap lafaz cerai luar mahkamah yang dibuat Hafidz ke atasnya.
Kita baru selesai di Mahkamah Syariah Shah Alam tadi berhubung isu lafaz cerai di luar mahkamah.
Mahkamah dah beri satu tarikh perbicaraan yang baru iaitu pada 20 Jun ini. Jadi, kita akan teruskan dengan perbicaraan dan tunggu Mahkamah buat keputusan
Tambah Akberdin lagi, ia susulan Shuhada mendakwa permohonan cerai telah dilakukan lebih awal ke atasnya iaitu pada 22 Januari yang lalu.
Defendan (Shuhada) mendakwa terdapat lafaz cerai luar mahkamah pada 22 Januari walhal permohonan cerai dibuat Hafidz adalah pada 22 Februari.
Jadi kami tak setuju dengan dakwaan defendan berkenaan dengan lafaz cerai pada 22 Januari seperti mana yang telah dinyatakan dalam tuntutan balas.
Jadi Hakim akan dengar kedua-dua permohonan daripada pihak kami dan juga defendan dan akan putuskan keputusannya pada 20 Jun.
Terdahulu, isteri kepada Hafidz, Nurul Shuhada memfailkan perceraian terhadapnya di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada 27 Februari lalu, susulan keputusan dan persetujuan kedua-dua keluarga.
Ia susulan timbulnya dakwaan Shuhada mengenai finalis Hero Remaja itu yang dikatakan mempunyai hubungan dengan wanita lain dikenali sebagai Athira Yuhada.
Walau bagaimanapun, lafaz cerai yang sepatutnya berlaku pada 21 Mac lalu gagal dilaksanakan selepas mahkamah mendapati ada isu baharu berhubung isu lafaz cerai pasangan tersebut.
Hafidz dituduh melalukan keganasan dengam sengaja sehingga meninggalkan keceraan terhadap Shuhada, 29, dengan menumbuk menggunakan tangan sebanyak tiga kali sehingga isterinya mengalami luka, lebam dan bengkak di pipi kiri.
Namun, Hafidz atau nama sebenarnya Muhammad Hafidz Roshdi mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mencederakan isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri di susur keluar Plaza Tol Sungai Buaya, jam 3.30 pagi pada 2 Mac lalu.
Sekadar info, Hafidz dan Nurul Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016. Mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 6, dan Umar, 2.
@ohbulanofficial