berita

Dakwaan Merogol Rakan, Pendakwah Muda Direman 5 Hari

November 27th, 2020 | by Amirul Asraf
Isu & Kontroversi

Viral di media sosial mengenai seorang pendakwah selebriti telah ditangkap oleh pihak polis, semalam. Tertuduh ditahan bagi membantu siasatan pihak polis berhubung kes rogol yang berlaku pada tahun lepas.

Artikel berkaitan: Konon Nak Bantu Rawat Kemurungan, Penceramah Muda Ditahan Disyaki Rogol Rakan

Terbaru, pendakwah berkenaan telah direman selama lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes tersebut.

Direman lima hari

Menurut Timbalan Pendaftar Mahkamah, Mohd. Zamir Suhaimee, perintah reman telah dikeluarkan buat suspek yang berusia 25 tahun itu. Suspek juga dipercayai hadir di perkarangan kompleks Mahkamah Shah Alam, sambil diwakili peguamnya iaitu Syed Amirul Syed Edrus pagi tadi. Terdahulu, suspek ditahan selepas mangsa berusia 23 tahun membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut Rabu lalu kira-kira pukul 7.18 malam.

Bantu rawat kemurungan

Sekadar gambar hiasan

Suspek telah membawa mangsa makan di sebuah kedai di kawasan Batu 3. Selepas itu, suspek telah membawa mangsa ke rumahnya di sebuah studio di Seksyen 7 dengan alasan untuk memberikan penerangan berhubung bagaimana hendak pulih daripada penyakit kemurungan. Semasa di rumah suspek, mangsa telah dirogol dan tidak terdaya hendak melawan. Malah, mangsa juga tidak tahu cara keluar dari tempat tersebut.

Suspek terus menghantar mangsa ke lobi dan mangsa menaiki kenderaan aplikasi e-hailing untuk pulang ke rumah sewanya  di Subang Jaya. Namun, mangsa telah dimasukkan ke Hospital Kajang kerana mengalami tekanan perasaan yang teruk serta dirujuk ke rawatan psikiatri dan perlu rawatan susulan pada 23 September tahun lalu. Malah, pada Oktober tahun lalu, mangsa telah balik ke rumah keluarga di Triang, Pahang dan telah mendapat rawatan semula di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh dan ditahan selama lima hari di wad psikiatri. Pihak hospital juga memaklumkan  mangsa telah mengalami tekanan perasaan yang teruk serta trauma akibat dari kejadian tersebut dan masih menerima rawatan susulan.

Menurut kenyataan Ketua Polis Daerah Shah Alam pula, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib, mangsa telah keluar dengan suspek yang dikenali menerusi kira-kira pukul 8 malam pada 11 September tahun lalu. Tambah beliau, mangsa dipercayai berjumpa dengan suspek untuk membuat perbincangan berkenaan masalah kemurungan yang di hadapi dengan kaedah perubatan Islam. Suspek juga dipercayai telah memberi amaran kepada mangsa agar merahsiakan perkara yang berlaku dan memaklumkan dirinya akan dipantau daripada jauh setiap masa. Baharudin turut memaklumkan kes tersebut akan disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Sumber: Utusan Malaysia

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Content Champion at Rev Asia Berhad
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

×