Buat pertama kali ayah kepada Shila Amzah iaitu Datuk ND Lala hadir ke gelanggang Gegar Vaganza 9 (GV9) bagi memberikan sokongan kepada anak sulungnya.
Artikel Berkaitan: Didakwa Ibu Bapa Sudah Bercerai, Shila Amzah Menafikan – ‘Selepas 33 Tahun Berkahwin Mereka Sedang Melalui Fasa Sukar’
Tunai janji
Menurut Shila, dia berasa gembira apabila bapanya menunaikan janji untuk hadir ke konsert separuh akhir dan ‘final’ pada Ahad ini.
Kehadiran ND Lala itu sekali gus menepis spekulasi rumah tangga dengan isteri, Datin Fauziah Sarman didakwa sudah bercerai.
Saya sangat gembira melihat ayah saya. Lagipun dia memang dah janji semi final dan final nak datang.
ND Lala dan isteri turut ditemani oleh seorang lagi anak mereka iaitu penyanyi Syada Amzah di konsert separuh akhir GV9 yang berlangsung di Auditorium MBSA, Shah Alam.
Sibuk dengan kerja
Dalam pada itu, pemilik nama NurShahila Amir Amzah menyatakan ketidakhadiran bapanya sepanjang sembilan minggu GV9 berlangsung disebabkan sibuk dengan tuntutan kerja.
Itulah kejutan saya untuk kalian semua. Kita memang dah plan, tapi dia sibuk. Sebelum ini kalau weekend dia selalu ada hal kan.
Pada Mac lalu, Shila menafikan dakwaan kedua orang tuanya sudah bercerai sebaliknya berkata perkahwinan mereka sedang diuji selepas 33 tahun mereka bersama.