Semalam tular satu video yang mendakwa seorang pekerja sebuah syarikat bas ekspres mencium pemandu bas utama yang merupakan seorang wanita.
Terbaharu, seorang penumpang tampil menyangkal dakwaan tersebut dan menceritakan perkara yang sebenar kepada netizen.
Artikel Berkaitan: ‘Ini Semua Hanya Rekaan, Saya ‘Delulu’ Mahukan Dia’- Wanita Fitnah Aniq Suhair Mohon Maaf, Perjelas Perkara Sebenar
Fitnah!
FITNAH !
Menjawab la korang nanti dekat akhirat. https://t.co/elWn1gkOIw pic.twitter.com/j3WBA6790R
— J E Y (@anisjey) November 14, 2023
Menerusi ciapan di aplikasi X, seorang individu yang dikenali sebagai Anis memuat naik tangkap layar komen yang ditinggalkannya di ruangan komen sebuah portal.
Menurut Anis, dia dan suami yang merupakan salah seorang penumpang di dalam bas tersebut duduk betul-betul di belakang pemandu mendakwa mengetahui perkara sebenar.
Ketika video tersebut sedang dirakam,pekerja lelaki tersebut sedang memperbetulkan sesuatu di bahagian kotak radio yang terletak di belakang kerusi pemandu wanita terbabit.
Fitnah, saya dan suami saksi kejadian ni. Seat saya dan suami betul-betul belakang driver ni.
Driver lelaki tu sedang betulkan something dekat radio box belakang seat driver perempuan tu. Saya dan suami tengok dengan mata sendiri. Jarak kitorang lagi dekat berbanding perempuan kepam menggerutut yang record ni.
Kalau tahu kau jenis begini, memang saya dah ambil gambar awal-awal dan viralkan. Memalukan la.
Dalam pada itu, Anis juga memaklumkan bahawa pemandu bas terbabit telah pun menjelaskan sebab mengapa mereka lewat mengambil penumpang dan sekali menyangkal dakwaan yang dilemparkan wargamaya.
Dalam pada itu, Anis juga mendakwa pemandu bas terbabit telah pun menjelaskan mengapa mereka lewat mengambil penumpang.
Untuk makluman, driver dah inform ye masa pickup tu yang jalan sesak teruk dari Ayer Keroh sampai Larkin. Bas ni bergerak dari Terminal Bersepadu Selatan(TBS)-Larkin-Terminal Bersepadu Selatan, non stop.
Kesian weh dengan hujan lebat lagi. Kami pun memang percaya sebab masa dalam perjalanan ke TBS, memang sesak tak putus-putus dekat seberang jalan. Video ni tak sampai 30 minit lagi gerak dari Larkin.
Sebab tolong tukar ‘gear’
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengucapkan terima kasih kepada Anis yang tampil menjelaskan perkara sebenar kepada orang ramai.
Dalam pada itu, Anis juga dilihat sempat menjawab pertanyaan seorang wargamaya mengenai punca punca lelaki tersebut membantu menukarkan gear bas sewaktu perjalanan.
Menurut Anis, bas tersebut agak ‘berat’ untuk dibawa malah pemandu wanita tersebut tidak berapa mahir dengan selok belok jalan di Johor Bharu.
Sumber: Aplikasi X