berita

Dakwah Di OmeTV Sambil Mengaji, Ini Respon Remaja Israel Saat Dibacakan Ayat Al-Quran..

March 4th, 2021 | by Shahira
Kini Trending

Aplikasi OmeTV merupakan satu platform media sosial yang kini penggunaannya sudah menjadi satu trend dalam kalangan masyarakat tak kira di Malaysia mahupun luar negara. Aplikasi ini berfungsi untuk para penggunanya membuat video call dan berkomunikasi dengan sesiapa sahaja.

Tetapi berbeza pula dengan seorang remaja lelaki ini apabila dia menggunakan aplikasi tersebut untuk menyebarkan dakwah dan ilmu berkaitan agama Islam.

Gunakan OmeTV sebar dakwah

Lelaki yang dikenali dengan nama Nadil Kahfi seringkali berkongsi videonya membaca ayat suci Al-Quran. Malah, dia juga dilihat begitu fasih berbahasa Arab. Memang tak dapat dinafikan, kesemua bacaan surah serta tajwid yang dialunkan oleh remaja ini sangat merdu dan menenangkan.

Bukan itu sahaja, Nadil yang dipercayai berasal dari Indonesia ini juga menggunakan aplikasi OmeTV untuk video call bersama individu dari negara lain termasuklah dari Jerman, Israel dan sebagainya. Dia kemudian memuatnaik sedutan daripada video call tersebut ke akaun TikToknya. Di ruangan komen TikTok, Nadil ada juga menjawab beberapa pertanyaan daripada netizen mengenai kematian dan ilmu berkaitan agama Islam. Nadil kelihatan tidak lokek berkongsi ilmu yang dimilikinya kepada orang ramai.

Terima respon biadap

Semasa video call berlangsung, Nadil akan membacakan ayat suci Al-Quran dan pelbagai reaksi yang diterima termasuklah positif mahupun negatif. Ada di antara mereka turut mengaji bersama-sama selain meminta Nadil meneruskan bacaan ayat suci Al-Quran. Tetapi tidak kurang juga ada yang mengendahkan.

Paling mengejutkan apabila Nadil menerima respon biadap daripada dua orang lelaki dari Israel. Salah seorang daripada mereka tergamak menunjukkan ‘jari hantu’ ketika Nadil membaca surah Al-Baqarah ayat 40.

Mengaji, berdakwah

@nadil.kav##bismillah ##ometv ##dakwah_islam ##muslimtiktoker ##deutsch ##fyp? ##fyp ##fypgakni ##fypsounds ##quran ##reaction ##dakwahtiktok ##murottalquran? original sound – Nadil Kahfi

@nadil.kavTetep kutunggu, sampai ayat Al-Qur’an keluar dari lisanku . ? ##fyp ##fypsounds ##fypgakni ##fyp? ##fypdongggggggg ##murottalquran ##dakwah_islam ##ometv? original sound – N A D H I L ‘ R ? – Nadil Kahfi

Mengaji depan orang tengah tidur

@nadil.kavBalas @kyyjo88 Part 2 Nya nih, apakah bangun? ##fyp? ##fypsounds ##fyp ##fypgakni ##murottalquran ##ometv ##dakwah_islam ##fypdongggggggg ##almulk? original sound – N A D H I L ‘ R ? – Nadil Kahfi

Respon orang Israel

@nadil.kavSaya post lagi, yang sebelumnya di hapus tiktok. ##muslim ##muslimtiktokers ##dakwahtiktok ##dakwah_islam ##reaction ##quran ##fyp ##fyp? ##fypgakni ##ometv? original sound – Nadil Kahfi

Sumber: Nadil Kahfi

SKIP THIS AD ×