Baru-baru ini, pelakon terkenal, Zul Ariffin memuat naik video momen dirinya berkunjung ke sebuah tempat yang diberi nama Al-Ula.
Artikel Berkaitan: Zul Ariffin Rindu Cuaca Panas Di Arafah
Teruk dikecam netizen
@zulariffin_official Visiting the Old Town of Al Ula #SaudiArabia #AlUla #Alhamdullilah #fyp #12thcentury ? Habibi (Albanian Remix) – Ricky Rich & Dardan
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, kelihatan pelakon filem ‘Sangkar’ itu sedang menaiki buggy sambil menunjukkan suasana ketika berkunjung ke tempat berkenaan.
Namun begitu, perkongsian tersebut telah menerima pelbagai kecaman daripada wargamaya.
Hal ini kerana, Al- Ula merupakan tempat di mana turunnya azab Allah kepada kaum Nabi Saleh yang ingkar dengan suruhan dan perintah Nya.
Bukan itu sahaja, Nabi Muhammad SAW juga pernah mengelak daripada melalui kawasan tersebut kerana tempat tersebut juga digelar sebagai kota yang dilaknat.
Respon netizen
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menyuarakan kekecewaan mereka terhadap Zul yang berkunjung ke kota Al-Ula.
Bukan itu sahaja, mereka juga mempersoal tindakan pemandu pelancong yang membawa pelakon tersebut ke kota yang dilaknat tersebut.
Info mengenai Al-Ula
Nabi larang masuk tempat pernah dilaknat kerana laknat tersebut boleh terkena kepada kita. Kalau terpaksa lalu, kena menangis & gerun dengan azab menimpa umat terdahulu sambil menutup kepala. Hukum ini berlaku pada semua tempat yang pernah dilaknat Allah. [Fath al-Bari 6/380] https://t.co/sdlQwOYcOg
— addien90 (@addien90s) March 20, 2023