Kalau bercakap pasal jodoh dan perkahwinan, dua topik ni memang boleh bikin excited. Yelah, siapa tak nak ada teman hidup kan? Tapi, bila kami tanya orang yang dah kahwin, ramai yang malu-malu nak cerita pasal pengalaman mereka bercinta dulu-dulu tau!
Mana taknya, ada yang tak pernah sangka pun mereka akan jadi suami isteri dan ada juga yang dah jatuh cinta dengan pasangan sejak dari kecil lagi. Macam kisah cinta dua pasangan yang terlebih sweet ni. Memang ‘bersemut’ habislah!
Dah ‘suka’ sejak umur 8 tahun lagi
Siapa sangka, si dia yang pernah mencuri pandangan sewaktu kecil dulu kini dah jadi isteri tercinta. Kalau korang nak tahu, kisah cinta pasangan comel ini milik Raihan dan Haris. Bercerita lanjut tentang perkenalan mereka, Haris dan Raihan dikatakan pernah berjumpa sewaktu berusia 8 tahun lagi.
Kredit: The Wedding Notebook | Twins Photography
Pada ketika itu, mereka berdua menemani ayah masing-masing untuk menghadiri acara sama di Port Dickson. Haris awal-awal lagi dah terpukau dengan perwatakan comel Raihan tau. Memandangkan keluarga mereka agak rapat, boleh dikatakan Haris dan Raihan membesar bersama dan kerap berjumpa. Haris yang ketika itu masih muda tak tahu macam mana nak luahkan perasaan pada Raihan.
Kredit: The Wedding Notebook | Twins Photography
Tapi, betul lah kata orang, kalau dah jodoh tak ke mana. Selepas mereka pulang dari UK, Raihan berjumpa semula dengan Haris. Kali ni, Raihan sendiri mula jatuh hati dengan prince charming ini. Mereka berdua kemudiannya mula luangkan masa keluar bersama dan berkongsi cerita. Akhirnya, hubungan cinta Haris dan Raihan berjaya ke jinjang pelamin.
Gigih scroll Facebook satu persatu
Babak perkenalan Michelle dan Matthew pula boleh dikatakan ala-ala novel cinta tau. Mereka berdua dikatakan bertemu secara tak sengaja di sebuah gereja di Kuala Lumpur selepas Michelle pulang dari Amerika.
Pada hari itu, hujan turun renyai. Matthew secara tiba-tiba muncul dan mempelawa Michelle untuk memayungkan dia ke kereta. Tapi, Michelle menolak dengan sopan dan memilih untuk meredah hujan terus ke kereta.
Kredit: The Wedding Notebook | Joshua Koh Photography
Peristiwa singkat itu membuatkan Matthew tekad untuk lebih mengenali Michelle. Berbekalkan nama pertama ‘Michelle’, Matthew mula membuat carian di media sosial dan apa yang mengejutkan dia berjaya menemui Facebook gadis cantik ini.
Kredit: The Wedding Notebook | Joshua Koh Photography
Kegigihan Matthew nampaknya membuahkan hasil. Mereka pada mulanya hanya berkawan biasa. Tapi Matthew terus mencuri peluang menambat hati Michelle dan akhirnya mereka bergelar pasangan kekasih. Selepas lebih kurang dua tahun bersama, Matthew melamar Michelle sebagai isteri dan mereka berkahwin pada 19 Januari 2019.
Mimpi indah kini jadi kenyataan
Bagi kedua-dua pasangan romantik ini, angan-angan mereka untuk bersama dengan si dia kini bukan lagi mimpi. Apatah lagi dapat membina rumah tangga dengan orang yang kita cinta dah tentu achievement yang paling besar dalam hidup kan?
Dan bila dah berkahwin ni, banyak lagi perkara yang mereka suami isteri boleh achieve bersama contohnya pergi melancong bersama dan beli rumah idaman!
Tinggal dulu, beli kemudian
Ya guys! Bagi korang atau mana-mana individu yang masih mencari rumah idaman, kami sarankan korang pilih program pemilikan perumahan #InstaYours yang diperkenalkan oleh EcoWorld! Melalui program ini, korang mempunyai pilihan sama ada nak buat tempahan awal bagi rumah EcoWorld yang masih dalam pembinaan dan pindah selepas rumah dah siap dibina atau boleh juga pilih untuk tinggal mana-mana rumah siap atas program #InstaYours selama tempoh 5 tahun.
Menariknya, andai kata korang buat keputusan nak beli rumah bermula dari tahun ke-2 dalam tempoh 5 tahun tersebut, korang boleh miliki rumah idaman tu dengan harga yang sama seperti korang mula-mula pindah masuk dulu tau.
Tak cukup dengan tu, ada juga insentif khas disediakan oleh pihak EcoWorld bagi korang yang setuju untuk beli rumah pada tahun kedua atau tahun ketiga. Untung wei!
Lebih berbaloi dan tak ada downpayment
Bila nak pilih rumah yang sedang bina, ramai yang runsing pasal downpayment betul tak? Haa.. apa yang best pasal #InstaYours ialah korang sebenarnya tak perlu bayar downpayment dan bayaran lain pun. Sebaliknya, cuma perlu sediakan deposit 3 bulan je untuk lock rumah EcoWorld selepas bank approval dan pindah bila rumah dah siap!
Maybank akan menawarkan pinjaman selagi mana korang mengekalkan rekod bayaran balik dengan sempurna bersama program #InstaYours. Apa yang pasti, korang yang pilih rumah di bawah program #InstaYours ni, bayaran bulanan rumah #InstaYours ianya lebih rendah daripada mortgage tradisional tau.
#InstaYours bantu realisasikan impian!
Haa.. fikir apa lagi tu? Lepas ni, kalau ada keluarga atau kenalan korang nak cari rumah sekitar Lembah Klang, Pulau Pinang, atau Iskandar Malaysia, beritahu mereka #InstaYours adalah pilihan terbaik yang mampu merealisasikan impian mereka dengan lebih cepat dan mudah.
Sebarang maklumat lanjut tentang program #InstaYours, korang boleh layari laman sesawang EcoWorld sekarang!
*Tertakluk pada Terma dan Syarat*